Facebook Badge

Monday, June 22, 2009

Upin & Ipin Angkasa Lepas !!!



Setelah mengegarkan dunia animasi tanahair kita dengan membawakan Geng : Pengembaraan Bermula pada awal tahun ini, Les’ Copaque kini sudah memulakan kerja-kerja pembangunan bagi filem animasi 3D yang baru, iaitu Upin dan Ipin : Angkasa yang mana bakal ditayangkan pada 2011 kelak. Pada filem kali ini, ianya bakal membawakan Upin dan Ipin sebagai teraju utama animasi tersebut.

Filem Geng : Pengembaraan Bermula sebelum ini berjaya dipromosikan dengan hebat hasil daripada animasi pendek yang ditayangkan di TV9, Upin dan Ipin. Mungkin dengan itu, Les’ Copaque mengambil keputusan untuk membuat sebuah filem animasi yang membawakan dua beradik kembar yang diminati ramai ini sebagai teraju utama filem tersebut.

Buat masa ini, masih tiada sinopsis berkenaan dengan filem tersebut yang dipaparkan pada laman rasmi Upin dan Ipin : Angkasa. Walaubagaimanapun, Les’ Copaque menyediakan satu trailer khas untuk tatapan para peminatnya .


Sumber :- video-upin-ipin.blogspot.com/

No comments: