Facebook Badge

Tuesday, September 30, 2008

eid@seGamat



Wednesday, September 24, 2008

antic


@sheLL tikam batu

Tuesday, September 16, 2008

dugaan

Monday, September 15, 2008

Saturday, September 13, 2008

A B A H


Seorang bapa pulang ke rumah dalamkeadaan letih disambut baik olehanaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah…..

Anak: Ayah..ayah..boleh Amin tanyasatu soalan?

Ayah: Hmmm….nak tanya apa?

Anak: Ayah,berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?

Si ayah mula menengking.

Anak:Amin saja nak tahu ayah..Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.Kenapa naktahu?

Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit..

Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah..boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata,

“Oh,itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?
Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit,
kamu senang-senang nak membazir ya..

Sudah,pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih…!!”

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya.
Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang
sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir
kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit
untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah
meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju
ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur.”

Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit?
Nah.. ambil ni”

Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.
Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.

“Terima kasih banyaklah ayah!”

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping
nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.

Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada
duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??”

Amin tunduk… tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan. ….”

Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari.
Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit…”

“Tak cukup duit nak beli apa??” Jerkah ayahnya lagi.
“Ayah…. sekarang Amin dah ada 20ringgit..

Nah..ayah ambil duit ni.
Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu.
Amin nak ayah balik kerja awal esok.
Amin rindu nak makan malam dengan ayah..”
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya…

Moral:Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi..
yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20ringgit itu
bersama2 dgn insan yang anda sayangi.

Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja
keras sepanjang hidupnya.. yang bakal kerja sok lusa…
atau sesiapa saja yang selalu sibuk…

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA

madu buLan

HONEYMOONAuthor: shiera
07 23rd, 2008

Td sy buka soalan kat YM, “kenapa pengantin baru pergi honeymoon?” byk respon yang saya terima… sebenarnya sy tercari2 kaitan antara pengantin baru dan honeymoon…. ye la, lps kahwin je, org2 sekeliling akan bertanya… “dah pergi honeymoon?” “honeymoon kat mana?” KENAPA EK?

PENTING SANGAT KE HONEYMOON NI? KENAPA PENGANTIN BARU PERGI HONEYMOON? KENAPA PERGI HONEYMOON BILA BARU BERKAHWIN? TAK BOLEH KE PERGI HONEYMOON BILA DAH 30, 50 TAHUN KAHWIN?

Ramai org yg menjadi mangsa keinginan tahu sy yg sgt tinggi ni… hehe, sorry ek kpd sesiapa yg pening kepala memikirkan jawapan yg nk diberi kpd sy…

Bukan apa, sy sebenarnya nk tahu, honeymoon ni ada dlm Sunnah Rasulullah S.A.W ke? pergi honeymoon ni berlandaskan syari’at ke? ye la, sbb ilmu2 barat dah mcm sebati dgn jiwa2 anak2 Malaysia… Saya takut istilah HONEYMOON ni mcm Valentine’s Day… Faham kan? Takut ada yang terpesong… Tak pasal2 xdpt syafa’at Rasulullah…

Apa yg sy faham, pergi honeymoon ni bermaksud pergi ke sesuatu tempat berdua-duaan suami isteri untuk lebih privacy tanpa gangguan family… Selalunya, org akan pergi oversea untuk honeymoon, terutama tempat2 yang romantik… Kenapa? sbb nk lebih beromantika la…
Menurut ummi sy, bila sy bertanya kenapa pengantin baru kena pergi honeymoon? ummi jwb, pergi la utk lebih mengenali pasangan…. sesimple itu jawapan ummi…. Kmdian, td sy dpt jwpn dr husband sy, dia linkkan sy ke website ni… http://khilafah-centre.com/content/view/323/151/

dr situ sy hmpir menemui jwpn yg sy cari… walaupun bkn sepenuhnya… (sy akan cr buku tu) kesimpulan yg dpt sy buat, honeymoon cr Rasulullah adalah setiap hari, dlm rumah pun blh honeymoon demi utk menjaga keharmonian keluarga… Sapa2 yg ikut cara Rasulullah, insya’ Allah rumah tangga akan bahagia sehingga ke syurga… sy nk petik sedikit ilmu dr novel ‘Ayat-Ayat Cinta’ yg br je sy selesai baca…

“Pasangan suami isteri di dunia akan berkekalan di akhirat jika keduanya sama-sama menjaga ketaqwaan mereka kepada Allah S.W.T… jika mereka tidak menjaga ketaqwaan mereka, mereka tidak lagi bersama di akhirat kelak…”

Sbb tu lah Rasulullah didik kita utk ikut cara dan sunnahnya agar pasangan suami isteri dpt kekal bersama sehingga akhir hayat nanti….

Manakala, honeymoon menurut istilah Barat, adalah sesi suai kenal utk pasangan pengantin baru yg perlu di jalankan di luar rumah (selalunya ke oversea, tmpt2 romantik) utk berasmaradana tanpa gangguan… bagi mereka, di rumah, xsesuai nk ber’romantik2′… nk romantik2 je kena pergi jauh2…

Hari Ahad ni, sy dan husband akan berlepas ke Bali utk honeymoon… tujuan kami pergi adalah seperti saranan ummi, pergi la jalan2 utk lebih mengenali… kenapa Bali? sbb itu sj yang agent kami syorkan dan paling murah (lebih murah dr bercuti dlm Malaysia… gawat minyak kot…)
Setelah ilmu yg sy dpt ni, sy betulkan balik niat…. ikut cara Rasulullah… kan Rasulullah pernah bersabda: “kamu tidak akan lebih mengenali sahabat kamu sehinggalah kamu menggembara bersama2nya“… so, saya amik point ni, kami pergi jauh2 dan mengembara bsama utk saling lebih mengenali mengikut ajaran Rasulullah S.A.W.

Asalkan tak menyimpang dr ajaran Islam, syarak masih benarkan… yang pasti, bila berpegian, jaga syarak, jaga adab, jaga segala2nya agar org luar nmpk keindahan Islam….
Doakan kami tetap dalam IMAN dan menjadi mukmin, mukminat soleh, solehah….
asha.gen-7.com

Friday, September 12, 2008

JAPAN@newz

AYAT BARU JEPUN

Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir POLITIK, REFORMASI, KERJA, STRESS sahaja, apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.

01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI

03. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

04. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

05. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA

06. Yang bisu - KIETA TADASORA

07. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI


WA...KAAAA......KAAAAA

Wednesday, September 3, 2008

berbuka wth omaQ




puLut chempedak :P


ayahanda omaQ . cikMat