Facebook Badge

Wednesday, July 29, 2009

1week@Indochine . .



. . afwan kwn2 . . mGu nie kaLut ckt . .
ada kursus wat sabun . . @ penanG . .

Sunday, July 26, 2009

Siti Nurhaliza Rakam Lagu Asma Ul Husna



Selepas meraih kejayaan manis dalam Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) dan berjaya dengan Konsert Satu di Istana Budaya, Siti Nurhaliza kini meneruskan satu lagi projek istimewanya iaitu rakaman album terbaru berjudul Tahajjud Cinta. Siti sudah pun memulakan rakaman lagu pertamanya iaitu Asma Ul Husna di Pro Studio, Cheras (23/7) yang ditemani pengurusnya, Rozi.

Ketika ditemui, Rozi Abd Razak, yang juga kakak ipar Siti berkata, album itu bakal dilancarkan pada bulan puasa ini (tak lama lagi tu).

"Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi dengan peminat menerusi album ini. Lagu Asma Ul Husna adalah antara lagu terpanjang yang Siti pernah rakam iaitu kira-kira 6 minit," kata Rozi. -Murai
Apa-apa pun dengan munculnya lagu ini dapatlah Siti menginsafi dirinya sendiri. Ngeh3.








--------------------------------------------------------------------------------

Ingin Melangsingkan Badan Anda 10kg dalam Masa 30 hari?
Hosting Website Paling Murah di Malaysia! NO.1
Cara Pancutkan isteri anda ketika bersetubuh?
Bagaimana RM10 boleh jadi RM22,222.00? bongkar rahsia bersama!


Pada Sunday, July 26, 2009

Tag: Album Lagu, Rozi Abd Razak, Siti Nurhaliza, Video Artis

Friday, July 24, 2009

Fiesta@sP



http://www.kedahs....php/utama

PENGENALAN

Negeri Kedah Darul Aman atau lebih dikenali dengan Negeri Jelapang Padi terletak di bahagian Utara Semenanjung Malaysia meliputi kawasan seluas 9,245 km persegi. Negeri Kedah yang berkepadatan penduduk hampir 2 juta orang terkenal dengan pelbagai tarikan destinasi pelancongan yang menarik antaranya Pulau Langkawi.

Festival Kedah Sejahtera adalah hasil penjanaan idea dari Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dalam usaha menyampaikan visi dan misi kerajaan kepada seluruh rakyat. Penganjuran ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam memupuk persekitaran masyarakat yang harmoni seterusnya untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat dan negeri.

Festival Kedah Sejahtera bakal berlansung pada :

Tarikh : 22 Julai 2009 hingga 28 Julai 2009

Tempat : Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.



KUNJUNGAN DI RAJA

Penganjuran festival ini bakal menerima kunjungan di raja dari Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 23 Julai 2009

Thursday, July 23, 2009

"WAHEEDA TERKENA SIHIR"KATA AKHIL HAYY

Posted by arekeyz_studio Wednesday, July 22, 2009
BERITA @ FN

Akhil akui Waheeda terkena sihir!
Oleh WAHIDA ASRANI



DARI jauh,
Akhil Hayy sudah mempamerkan senyuman,
seolah-olah sudah dapat mengagak temubual ini pasti
lebih berkisarkan kisah peribadinya.

Namun,
tidak seperti sebelum ini,
penyanyi nasyid dan penceramah bebas ini dilihat
sudah lebih 'terbuka' membicarakan tentang kehidupan
barunya setelah bercerai talak 1 dengan bekas isterinya,
Maizawati Zainal, pada tanggal 15 Julai lalu.

"Inilah perjalanan kehidupan, yang telah tertulis.
Buat masa ini saya rasa 'bebas',"
ujar Akhil ketika ditemui pada rakaman
program Mega Raya Astro, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Rock ini,
memegang status duda dan kembali hidup bersendirian
tidak langsung membuatkannya rasa janggal.

Malah,
tutur Akhil,
segala yang berlaku sebenarnya adalah atas
kekuasaan Allah & dia sendiri akui,
itu adalah yang terbaik buat dirinya pada masa ini.

"Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya.
Ini adalah perjalanan hidup yang saya simpan selama 13 tahun.

Bagi saya,
dalam apa-apa hal rumahtangga,
cukuplah saya katakan anak-anak lebih
mengenali siapa ibu dan ayahnya.

"Dan saya sudah cukup kenal isteri
saya & mengapa saya menceraikannya.

Saya tegaskan lagi di sini,
bukan disebabkan orang ketiga,
tetapi memang hubungan kami
ada masalah peribadi,"
ujarnya dalam nada perlahan.

Tetapi,
kata Akhil,
apa yang cukup menyedihkannya
tatkala isu rumahtangganya hangat
diperkatakan ialah tindakan bekas isterinya sendiri.

"Saya kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan olehnya.
Sepatutnya, kita kena bermuhasabah diri.

Seorang isteri solehah tidak akan mengaibkan suaminya
walau seteruk mana pun suaminya itu.

"Bukannya pergi ke stesen televisyen & mengadu.
Dan sepatutnya stesen TV juga perlu tanya kebenaran
suami sebelum minta isteri keluarkan kenyataan.

"Apapun,
alhamdulillah,
kami telah berpisah dengan cara baik.

Dia mendapat hak jagaan anak-anak,
tetapi 3 orang anak saya tinggal dengan saya sekarang.
Yang bongsu berada di bawah jagaan ibunya,"
kata bapa kepada empat orang anak ini.


Henti aibkan Waheeda!

Pergolakan rumahtangga Akhil dan Maizawati
cukup hangat diperkatakan tidak lama dulu
apabila bekas isterinya itu mengaku Akhil
memang mempunyai hubungan dengan
penyanyi popular Waheeda.

Penafian demi penafian telah dibuat
oleh Akhil dan Waheeda sendiri,
namun pelbagai spekulasi terus
dibuat apatah lagi bila
kedua-duanya dilihat cukup 'akrab'.

Menurut Akhil,
dia sendiri cukup sedih melihat
Waheeda menerima tohmahan yang cukup hebat,
sedangkan apa yang berlaku di dalam rumahtangganya
sebelum ini tiada langsung kena-mengena dengan penyanyi itu.

"Saya sedih bila lihat orang tuding jari dan labelkan dia perampas.
Siapa mereka untuk bercakap seperti itu?
Sampaikan impaknya turut tempias kepada ahli keluarganya juga.

"Saya sudah jelaskan pada ibu Wawa (Waheeda) & mohon maaf
kerana dia dibabitkan dalam hal ini.

Tolong berhenti aibkan dia.
Saya agak risau kerana dia juga
tengah sakit akibat tekanan banyak
benda dan saya tidak menolak ada
unsur ghaib @ sihir yang dibuat terhadapnya.

"Saya rasa ini adalah perbuatan pihak-pihak tertentu,
tapi saya tidak mahu menuduh sesiapa.

Cuma saya ingin katakan,
perbuatan ini amat dilaknat oleh Allah,"
kata Akhil.

Ditanya adakah selepas ini dia akan mencari
pengganti dan mungkinkah wanita itu adalah Waheeda,
sambil tersenyum Akhil menjawab:

"Jodoh pertemuan di tangan tuhan.
Saya perlu teruskan hidup sebagai lelaki.
Kita lihat sajalah apa yang akan berlaku.

Sejujurnya,
saya masih lagi berkawan dengan
Wawa & rapat dengan ahli keluarganya.

"Kami masih menghubungi antara satu sama lain.
Saya nampak Wawa adalah seorang wanita yang
sentiasa mencari dan ingin dekat dengan agama.
Sebab itulah saya intim dengan dia dan ibubapanya."

Mengulas mengenai kariernya pula,
kata Akhil,
dia bersyukur kerana rezekinya tidak
pernah putus walaupun hebat
dilanda dengan kontroversi.

"Alhamdulillah,
saya masih dipanggil mengadakan ceramah.
Album juga sedang di dalam proses pembikinan.

Saya juga masih diberi kepercayaan menjadi ikon Astro Oasis.
Walaupun program Cafe Akhil Hayy dihentikan seketika kerana
ingin beri laluan kes mahkamah tempoh hari,
tetapi saya tidak kisah.

"Malah, saya terharu Astro Oasis memberi ruang untuk saya
selesaikan dulu kes tersebut.

Lagipun,
saya bukannya melakukan jenayah.

Namun saya sedar,
imej saya sedikit sebanyak telah tercalar,
tapi saya kenalah terima perkara ini.

"Cafe Akhil Hayy juga sedang dalam perbincangan untuk diteruskan.
Mungkin kita akan 'rebranding' semula program itu...tengoklah macam mana,
sebab saya pun sekarang sudah bina hidup yang baru," katanya.

Sumber : MSTAR
BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.


Jadi penilai pertama [?]
Berita |
0 comments

Post a Comment

Links to this post


Older Post

Wednesday, July 22, 2009

Cinta Pantai Merdeka By Pak Long

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum…

Salam Semua.. Ni ada lagi satu lagu Nyanyian Pak Long..
Lagu ni telah di popularkan oleh Tropika & Jinbara..

Sebenarnya sebelum lagu ni dinyanyikan oleh Tropika,
Pak Long & The Gang telah lama dok nyanyi lagu ni....



Selamat Mendengar....

Pak Long - Cinta Pantai Merdeka



Lirik Cinta Pantai Merdeka

Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa

Kekadang aku sama
Mengatur bunga cinta
Keadaan memaksa
Kita terpisah jua

Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu

Akan aku buktikan
Kan kuukir namamu
Di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai

Jauh pandangan permai
Disitu Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Oh indahnya… peristiwa…
Cinta kita di Pantai Merdeka…
Oh… oh…

Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka

Sekadar Untuk Mendengar Sahaja... :-)
Belilah yang Ori. Bantulah Industri Muzik Kita..

Jangan Tak Mandi

Labels: info hangat



KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh..

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit :
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

NAQ prowir's..






Jambo 99



makin famous puLa . .
meRata JaLan | kiRi kanan . .
steaDy aR !!

KE30 dyno Run !!

Tuesday, July 21, 2009

Jom belajo kecek kelate

Published by Admin on Tuesday, July 21, 2009 at 9:15 AM



Kali Arung - Sekaligus

Air Geh - Air Berkabonat

Jauh Sapok - Teramatlah Jauhnya

Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat

Comel Lote - Comel Yang Amat

Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat?

Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya

Punoh Jahne - Rosak

Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkn Pergaduhan

Taik Aye Muna - Tahi Ayam Yang Masih Hangat

Kona Lepe - Corner Lipat

Kelecak - Terpelanting

Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi

Lonjong - Tinggi Sangat

Tinggi Nya - Yuk Sama Macam Di Atas

Masing Pekkok - Teramat Masin

Nipih Nayyang - Sangat Nipis

Maknga - Cuai

Babei - Degil (Tak Tau Nak Eja Camne)

Jabir / Supek - Plastic Bag

Koghok - Tengkorak

Kehek - Muntahkan Semula

Puahsang - Boring

Meppeh - Tak Larat

Kepeh Blepeng - Sangat Kempis

keghah kekong -keras yg teramat

koho/selo - perlahan/slow

kettuk heghek -kentut tarik

blana kokna - banyak yang amat

samah - 50 sen

duo amah -singgit

kekoh -gigit

toksoh -jangan / tak usah

bakpo -kenapa

guano / belah mano -macam mana

gapo / gapo dio -apa / apa dia

ghoyak -bgtau

blago -berlanggar

mokte- rambutan

woh kekoh caa -kuih buah melaka

ccongek -tejungkit

kupik hangik -kedekut nak mampos

woh tteghe-buah gajus

nnetting- melantun

deghah -deras / laju

manih letting -manis yg amat

pok-e-dèng -pepatung


Posted by Admin
Labels: loghat

Monday, July 20, 2009

Boyfriend nenek

Labels: lawak hangat



Ada sebuah rumah yang didiami oleh nenek yang sudah 10 tahun kehilangan suaminya yang sedang sibuk mengemas ruang tamu rumah nya sambil ditemani oleh cucu kesayanganya. ....Tiba- tiba cucu nya bertanya...

Cucu: Nekk...nape nenek takde boyfriend?..

Nenek kehairanan mendengar soalan cepu gangsa yang diberikan oleh cucu bertuah nya itu...Lalu dia pun menjawab..

Nenek: Ehh..sape kate nenek takde boyfriend.. ade la..die selalu teman nenek di kala sunyi..

Cucu: Siapa nenek...

Nenek: Ni ha...[sambil menunjukkan tv di ruang tamu tersbt]Â dia la boyfriend nenek..

Cucu:..oo...

Lalu nenek itu ingin menonton tv...apabila tv di buka..siaran nya tidak jelas..Lalu nenek itu pun menepuk2 belakang tv itu untuk mendapatkan siaran yang lebih jelas..Tapi masih tidak berhasil..

Tiba2...datang Pak Lebai ke rumah Nenek untuk menjemput nenek datang majlis doa selamat rumahnya malam nanti...

Pak Lebai:Assalammualai kum...

Cucu: Wa'laikumsalam. ..ada apa Tok Lebai..

Pak Lebai: Nenek kamu ada....

Cucu: Ada..tapi die tengah sibuk duk menepuk-nepuk boyfriend dia tu..

Pak Lebai:Ha????

Najib buat umrah

Dapat gambar ini melalui email, tak tahu pula PM sedang mengerjakan umrah. Ramainya pengawalkan .



Datin Rosma pun nampak manis pakai tudung. Alhamdulillah semoga dapat petunjuk dan hidayah kepada PM DS Najib dan Datin Rosma .

Saturday, July 18, 2009

lagu HAMBA - band Tak Wujud



lirik

Hamba

Jangan kau menangis Jangan kau menyesal
Jangan kau takutkan Api yang marak itu
Jangan kau impikan Jangan kau harapkan
Semua itu bukan milikmu Hanya Dia yang tahu

Chorus

Kita hanyalah hamba Bukan kuli barua
Perlukah mengharapkan Balasan dan ganjaran
Tak perlulah kita berbangga Dengan amal berjuta
Syurga atau neraka Hanya Dia menentukan
Usahlah beramal kerana syurga

Usah jauhkan dosa kerna takutkan neraka
Laksanakan ibadah kerana Allah
Kerna tiada yang wujud selain Dia

Friday, July 17, 2009

Aku Melayu



Aku Melayu?
Mak aku kasi nama Ayu
Aku rasa malu
Aku tukar jadi Jen
Sebab, lebih glamour
Tak macam Ayu
nama Melayu, aku tak sebulu

Aku Melayu?
Cakap aku pakai; I-you, I-you
Saya-Awak, macam kampung gitu
Sori, not for me, I tak mahu
Kalau you hendak, up to you

Aku Melayu?
Makan dengan tangan gelilah...
I suka pakai sudu garpu
Dekat rumah bolehlah
Tapi kalau kat restoran, malu
Nanti semua orang tengok aku
Silap-silap diaorang kata,
I ni, gelojoh you...

Aku Melayu?
Orang Melayu, mata cokelat gelap...
I suka mata biru
I pakai kontak lens
Sekarang mata I dah jadi biru
Otak I pun terikut, ada sikit blue
Kalau ada orang ajak,
Anytime I mau

Aku Melayu?
Of course!, I'm a Melayu.
I masih makan belacan
Walaupun I prefer keju
I masih pakai kain sarong
Walaupun I prefer tak pakai baju
I masih sambut Hari Raya
(But that's because I don't know what else to do!)

Sekali lagi, I nak kasi you all tahu
I ni masih Melayu
Tapi bukan sebarang Melayu

Khasiat Tanaman Rambutan



Rambutan adalah salah satu tanaman yang multi guna selain dapat dikonsumsi buahnya tetapi semua bagian dari tanaman ini, dari kulit, daun, biji, sampai akar, dapat berfungsi sebagai obat demam, uban, disentri, sariawan, sampai kencing manis, bisa luntur dengan ramuan yang tepat. Bagian tanaman yang bermanfaat : kulit buah, kulit kayu, daun, biji, dan akarnya.

Detail manfaatnya adalah sebagai berikut :
Kulit buah: untuk mengatasi disentri, demam
Kulit kayu: untuk mengatasi sariawan
Daun: untuk mengatasi diare dan menghitamkan rambut
Akar: untuk mengatasi demam
Biji: untuk mengatasi kencing manis (diabetes melitus)

Pemakaian :

Disentri.
Cuci kulit buah rambutan (10 buah), potong-potong seperlunya. Tambahkan 3 gelas minum air bersih, lalu rebus sampai menjadi 1 gelas, minum 2 x sehari.

Demam.
Cuci kulit buah rambutan yang telah dikeringkan (15 g). Tambahkan 3 gelas air bersih, lalu rebus sampai mendidih selama 15 menit. Minum 3 x sehari.

Menghitamkan rambut beruban.
Cuci daun rambutan secukupnya, lalu tumbuk sampai halus. Tambahkan sedikit air dan aduk sampai menjadi adonan bubur. Peras dan saring dengan kain, Gunakan untuk membasahi rambut kepala. Lakukan setiap hari sampai terlihat hasilnya.

Kencing manis.
Gongseng biji rambutan (lima biji), lalu giling sampai menjadi serbuk. Seduh dengan satu cangkir air panas. Setelah dingin, minum airnya sekaligus. Lakukan 1--2 kali sehari

Sariawan.
Cuci kulit kayu rambutan (tiga ruas jari), lalu rebus dengan dua gelas air bersih sampai tersisa satu gelas. Gunakan untuk berkumur selagi hangat.


Source : dhuwuh.blogspot.com

Thursday, July 16, 2009

SkuaD peRodua era @ tikam Batu !!



Date : 17 JuLy 2009
Time : 11 paGi
Place : depan maRket , tikam Batu . .

Info : paGi xsat . . mum in-Law minta pi buanG pampers myPutry , Husna humaiRa . . cs dah byk sGt . . afteR that gt nak sGh sat umh myFamiLy @ BeRapit . . saJa teGeRak ati nie . . nak laLu depan market . . waLaupun sibuk2paGi2 . . dok puLa depa dok korek | tanam paip baRu . . Lintas2Ja depan maRket . . La !! dok heran awat La Jem sGt nie . . patut La . . upenye . . ada tetamu | skuaD era !! suDi JuGa depa mai sinGGah pekan tikam Batu nie noh !! caya Lah !!! rentak tikam Batu terKini . . hihi


GenG2skuaD . . tQ cs sGh tikam Batu !!


sapa nak haDiah ? 'cepat jwb , die dpt !!


pakat2dpt habuan . .


sponsor tersohoR !!
peRoDua myVi , da' besh !!




more pict. @ ejay82.fotopages.com

Wednesday, July 15, 2009

Akhil cerai isteri talak satu



IPOH: Penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, sah bercerai talak satu dengan Maizawati Zainal, 33, di depan Hakim Syarie, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Ustaz pun manusia biasa..

Video rambut Michael Jackson terbakar !!

Video iklan kemalangan ke atas Michael Jackson yang baru disiarkan selepas dia meninggal dunia. Kesian MJ sampai naik botak kepalanya.

Perbetulkan kiblat Khamis ini



Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA

Tuesday, July 14, 2009

Jangan- jangan



Sesungguhnya Allah sayangkan insan-insan yang mengamalkan perkara
ini....


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita..

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan...

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa ,
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.

Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah..
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. . .

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan
kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.


Jangan biarkan SAJE catatan ni disini . Hantarkan kepada semua saudara islam yang
anda kenal !!

Wasalam


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

PROGRAM USRAH


@ ChaLet TeLuk Bayu | bukit kechiL sP

16 – 17 July 2009

6 petanG – 7 paGi

Informasi @ cadangan

013-4857842 ( Hj. FadhiL ) PenGerusi
019-5221220 ( Fauzul Hasny ) Timb. PenGerusi
019-4201671 ( BilaL ) Setiausaha



MALAM MUHASABAH USRAH

6 : 00 petang – kehadiRan
7 : 00 petang – solat maGhrib
8 : 00 malam – jamuan maLam
9 : 00 malam – soLat isyak
- penGisian oleh : akhi FadhiL
11 : 00 malam – aktiviti umum
12 : 00 malam – rehat
3 : 00 pagi – tahaJJud
4 : 00 pagi – tazkiRah
6 : 00 pagi - soLat suboh
7 : 00 pagi - beRsuRai

5 Waktu Solat ? Bagaimana Kita Ya..



Subuh
Hamba Allahkah kita?
Kalau bangun lepas waktu subuh.
Set jam pun pasal nak bangun pegi keje, bukan nak solat..
Yang masih study di IPT pun sama.
Bangun awal-awal pagi sebab nak pergi kuliah.

Zohor
Masa kerja, memanjang sibuk.
Lunch sempat, tapi kadang-kadang
solat zohor pulak tak sempat.

Asar
Time asar pulak,
sibuk stand-by nak balik,
solat asar lupa nak tunaikan...

Maghrib
Sampai rumah dah penat.
Letih dek jalan jem,
terlena di sofa.
Maghrib pun tersasar..

Isyak
Waktu Isyak ni panjang.
Saja-saja buat lewat.
Yang mengarut tu,
sibuk pergi dinner,
lepak kedai mamak & macam-macam aktiviti malam.
Isyak ditangguh..
Balik rumah dah letih,
kemudian tidur sampai esoknya.

Apakah Tugas & Peranan Kita Sebagai Hamba Allah ?
A - Buat ikut suka hati
B - Taat perintahnya,
jauhi apa yang dilarang.

Jawapannya ada di tangan anda.

new pict. | aie&son@BukuWaJah ( FaceBook )


waduh2manyak encem Like papa die !!!


membuLat kamu donG !!


sapo nih ??

si JantunG hati

Monday, July 13, 2009

maLam muhasabah uSRah . .



Date : 16 JuLy 2009 ( khamis maLam )
Time : after asar - tiLL after suboh . .
Place : chaLet teRapunG teLuk bayu | bukit kechiL @ sP

Info : proGRam uSRah minGGuan
wth hj. FadhiL | shbt2kwan2seiRinGan
diJemput beRsama . .

Tentatif pRoGRam

6 : 00 petang – kehadiran
7 : 00 petang – solat maghrib
8 : 00 malam – jamuan malam
9 : 00 malam – solat isyak
- pengisian oleh : akhi Fadhil
11 : 00 malam – aktiviti umum
12 : 00 malam – rehat
3 : 00 pagi – tahajjud
4 : 00 pagi – tazkirah
6 : 00 pagi - solat suboh
7 : 00 pagi - bersurai

Saturday, July 11, 2009

iklan lama kereta wira

iklan PLANTA ANNE NGASRI 1992

autoshow@SRi aStana . .



Date : 11 July 2009
Time : 7 petanG
Place : BanDaR SRi aStana | sP Kedah . .

Info : semasa on d way pi umah kakNani . . sempat sGh sat . . kat SRi aStana . . bro. Man msG . . info kata ada autoshow . . but hari nie Last . . LGpun haRi nie . . sehaRi uJan . . depa abis awai . . msa sGh nie pun uJan renYai2dok tuRun . . sempat La snap 2 tiGe gamBo . . . . Lepas Gak haJat .,


antaRa JenteRa2yG di 'autoshow' kan . .


- compactKCar -


WhiteChaRaDe | AudioCarzMania . .









Friday, July 10, 2009

.:: sesi perGambaRan ::.



Date : 29 Dec 2008
Time : 6 petanG . .
Place : merDeka beach . .

Michael Jackson - Smooth Criminal

marshanda - ketulusan hati

Pernahkah anda makan kulit manggis???


Pernahkah anda mendengar khasiat dari buah manggis???

Buat pengetahuan anda buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry.

Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.

Untuk pengetahuan anda sekalian, buah manggis amat berkhasiat! Bahan aktif XANTHON dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama dibahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Dan manggis telah dihasilkan dalam bentuk jus supaya enak diminum selain dari mendapatkan hasil yang menakjubkan. Pelbagai masaalah penyakit dapat diatasi dengan minum jus manggis yang asli. Tiada pengawet, perisa asli dan tidak ditambah gula.

Khasiat xanthon iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masaalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan insyaallah pelbagai lagi masaalah. Semua keterangan mengenai khasiat manggis dan kegunaanya boleh di ketahui dari halaman berikut:

www.xango.com
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai khasiat manggis, boleh hubungi saya di email berikut:
nazmanazly@gmail.com
atau hubungi 012-2876814

Insyaallah saya boleh memberi konsultansi mengenai pelbagai jenis penyakit yang anda sedang alami dan bagaimana manggis boleh membantu hasil dari kajian saintifik dan juga pengalaman sejak tahun 2003 saya mengenali produk manggis.

Terdapat 44 jenis masaalah kesihatan bagi 1 penyelesaian iaitu manggis! Cubalah produk manggis - Xango atau Xangosteen

Jus manggis-Xango atau Xangosteen hanya boleh diperolehi melalui distributor multilevel XANGO. Produk berasal dari USA tetapi dikilangkan di German oeh Wild Flavour Company-sebuah syarikat gergasi dunia yang menghasilkan banyak produk flavouring.

Syarikat ini mempunyai ahli saintis dan penyelidik yang ramai. Oleh sebab itu hasil jus manggis yang dihasilkan amat bermutu dan tiada tandingan.

Untuk menjadi distributor atau ahli, anda boleh berdaftar dibawah Xango ID 9648528 - www.xango.com

Cuba lah alami sendiri khasiat jus manggis-Xangosteen dan anda tidak akan menyesal.
Manggis dikenali sebagai `Queen of Fruit' ! - Anugerah Allah Taala kepada umat manusia.

xangomanggis.blogspot.com

Thursday, July 9, 2009

Genap 1 tahun | wth compaQ . .


.: wa!!! sesi menyeRah kemBaLi myShbt|Laptop . .

Wednesday, July 8, 2009

Alhamdulillah : Kadar indeks jenayah Kedah turun


ALOR SETAR 7 Julai - Kadar indeks jenayah sepanjang enam bulan pertama di negeri ini menurun sebanyak 612 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, sebanyak 6,573 kes dilaporkan dalam tempoh itu berbanding 7,185 kes pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, penurunan indeks jenayah itu dipercayai berikutan keberkesanan strategi dan operasi pencegahan polis yang diadakan secara berterusan dan bersepadu bagi memerangi gejala berkenaan.

"Jenayah indeks adalah jenayah yang boleh dicegah. Dengan adanya perancangan strategik dan sistematik, kesedaran dan komitmen semua pihak dalam pencegahan jenayah dan pemantauan berterusan, insya-Allah usaha kita memerangi jenayah ini akan berhasil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Balai Polis Komuniti Pekan Simpang Kuala di sini hari ini.

Balai berkenaan merupakan yang pertama di bandar raya ini dan yang keenam dilancarkan di negeri ini selepas Taman Ria Jaya dan Bandar Puteri Jaya di Kuala Muda; Bandar Darul Aman di Kubang Pasu dan Kampung Lalang serta Kota Baling Jaya di daerah Baling.

Menurut beliau, kewujudan Balai Polis Komuniti telah membantu mengurangkan kadar jenayah kerana ia dapat memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan dalam memberi respons lebih cepat dan berkesan kepada masyarakat setempat. (UTUSAN)


ADMIN - KEDAHLANIE TIME - 12:29 PM 0 KOMEN ANDA
LABELS: POLIS, UTUSAN MALAYSIA

myBiRth | toDay . .


Get sms from myWife :-

To : Suamiku . .

SELAMAT HARI LAHIR

"semoGa tahun keLahiRan kaLi nie > beRmakna & kLu boLe tahun nie abG mampu meLakukan seBaRanG peruBahan DaLam hiDup kita beRsama . . amien . .

12:00:00 paGi

KOPI BARLI HIJJAZ DI PASARAN SEKARANG

POSTED BY AREKEYZ_STUDIO SATURDAY, JUNE 20, 2009
BERITA @ FN

PRODUK TERBARU DARI HIJJAZ RECORDS



Sila dapatkan produk kopi Barli Hijjaz dipasaran sekarang dengan harga yang berpatutan.Untuk maklumat lanjut sila layari web rasmi Hijjaz di laman :

http://www.hijjaz.com.my/sahabat/home.php



"Belilah produk islam bagi menjamin kesejahteraan anda dan dijamin halal"

BERITA @ FN

Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.


Jadi penilai pertama [?]
BERITA |