Facebook Badge

Sunday, June 21, 2009

Akhil , Waheeda dan Maizawati



Sekali sekala, terasa juga aku untuk post berkaitan artis ni.
walaupun sekarang ni agak malas untuk aku menaip pasal artis dan perangai meraka.
kalau ikutkan berlambak gambar yang kurang sononoh golongan artis Malaysia kini.
Minum arak, clubbing, seksi san, seksi sini, dan macam² lagi ragam artis.

Sekarang kita tinggal sebentar pasal artis yang terbuka sana sni.
kita berbicara pula pasal artis yang betutup rapat.
Siapa lagi bukan dikenali ramai masa kini, waheeda.
Seperti yang diketahui, pelbagai spekulasi yang timbul sekarang ini.


Pada permulaan, boleh la kata tidak hangat sangat apabila dikaitkan dengan Akhil.
Lama kelamaan kan dah jadi top cam sekarang ini.
Lagi² bila pendedahan dari isteri Akhil sendiri.!

aku pun sendiri hairan bercampur pelik dan pelbagai rasa lagi.
Kalau artis yang kuat sosial tu memang la terdedah kepada semua ini, tengok la perangai.
Ini artis yang boleh dikatakan 'baik' dikaitkan pula dengan seorang yang bergelar 'ustaz'(ramai yang marah dia ni digelarkan ustaz).
Pada permulaan cerita mereka dahulu perlbagai dolak dalik yang dikemukakan.
Bermula dengan cerita mereka tengok wayang yang penuh dengan kontroversi.
Lepas tu dakwaan mereka telah berkahwin dan pelbagai lagi.



Kemuncak segalanya apabila isteri Akhil, Maizawati muncul di kaca tv menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.
Kata isterinya dah lama Akhil tidak balik rumah.
Dan juga sedikit sebanyak mengatakan Waheeda itu ini.
sebagai orang biasa aku tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah.
Bukti tiada depan mata.

Apa yang aku tengok, cantik apa isteri dia.
Gaya isteri dia pun ada cam gaya Waheeda
Aku rasa memang taste akhil dengan perempuan macam tu.
Ada gaya cam wanita arab gitu.:)



Isteri dia juga mengatakan dia sanggup bermadu.
aku tak tahu la samada itu berita baik atau buruk kepada Akhil Tapi nampak gayanya masalah mereka tidak nampak lagi penyelesaianya.
dan dengarnya nanti akan ada sesi Sulh antara Akhil dengan isterinya.
Harap segalanya kembali ok.



Cuma kadang tu aku bosan juga dengan akhil dan Waheeda ni.
makin mereka berdolak dalik makin menyampah pula.
Sepatutnya bagitahu je lah perkara yang sebenarnya.
Macam la orang takkan tahu nanti.
Kalau betul bagusla.
Kalau menipu, tak ke buruk nama.
Sama maca kes menipu Rosnah Mat Aris.
Buruk nama..

Apapun kebenaran akan diketahui nanti.
Aku hendak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah.
siapa yang menganiaya dan siapa yang teraniaya.

No comments: