Facebook Badge

Thursday, June 26, 2008

true it ?

Petrol Membakar Aqidah ?

by omaq @ 9:58 pm in My Tazkirah

Petrol Membakar Aqidah




Bersama- samalah kita hidup kearah mendapat keberkatan Allah SWT
semoga kita tak terasa dihimpit oleh apa yang berlaku sekarang...

Pengumuman kenaikan harga petrol semalam disambut riang oleh rakyat
Malaysia sehingga stesen-stesen minyak di seluruh negara berpesta
sakan.
Kenaikan ini pada mulanya di umumkan oleh Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad bahawa
berkuatkuasa Ogos nanti namun indah khabar dari rupa. Kenaikan
sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter menggambarkan situasi yang
sangat membimbangkan ramai pihak terutama individu yang berpendapatan
rendah dan sederhana. Kekhuatiran kenaikan harga barang juga menjadi
perdebatan yang hangat di meja kedai kopi hingga ke meja makan dapur.
Rakyat semakin resah, paniknya semakin bertambah. Dalam masa yang
sama juga petrol sudah membakar aqidah.


Membakar Aqidah

Selepas pengumuman tersebut, dunia seolah-olah mengalami kiamat
kecil
. Stesen-stesen minyak sesak sejak awal petang lagi hingga lewat
tengah malam. Solat maghrib terlepas begitu sahaja akibat kesesakan
yang dialami sehingga ada beberapa individu yang bergaduh kerana
berlanggar sesama sendiri. Cacian juga hinaan dilontarkan kepada
kereta-kereta yang memotong barisan tanpa mengira bangsa atau agama.
Setibanya di rumah lewat malam dalam keadaan yang sangat memenatkan,
solat isyak tergadai begitu sahaja akibat panggilan bantal dan tilam
lebih enak berbanding panggilan Ilahi untuk mengadap-Nya.

Umat Islam terutamanya sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur
syirik kecil;

'Matilah aku harga minyak sudah naik. Kalau tak isi malam ni akulah
manusia paling rugi di dunia'


Ayah di rumah pening memikirkan sumber pendapatan dan kos sara hidup
yang semakin meningkat sehingga menolak keyakinan terhadap REZEKI dan
KEBERKATAN kurniaan Allah s.w.t kepada sekalian hamba-Nya
. Ibu di
dapur sebak lalu menangis mengenangkan kesulitan yang bakal dihadapi
dalam membesarkan anak-anak sehingga Kekuasaan dan Keesaan Allah
s.w.t diketepikan secara perlahan-lahan tanpa sedar.


Masyarakat semakin kurang solat berjemaah gara-gara masjid jauh dari
rumah dan penjimatan minyak diutamakan
kepada pengunaan untuk mencari
nafkah di luar. Jika dahulu setiap kali hujung minggu ziarah saudara-
mara menjadi rutin, tetapi alasan kenaikan harga petrol menjadi
penghalang utama mengikat silaturrahim sesama saudara Islam. Ceramah-
ceramah agama makin berkurang hadirinnya akibat langkah penjimatan
yang dilakukan oleh masyarakat sampai ke tahap yang membimbangkan.

Peniaga-peniaga menaikkan harga barang dengan sewenangnya walaupun
menerima subsidi sehingga hilang keimanan mereka kepada Allah s.w.t
Yang Maha Melihat;


Tak siapa tahu aku menipu dengan naikkan harga. Tak siapa nampak aku
simpan stok untuk tinggikan lagi harga

Remaja-remaja rempit yang berkeliaran kian giat merompak dan meragut
untuk menyara tunggangan mereka yang bernama 125Z dan RXZ. Jenayah
seksual juga semakin meningkat
akibat kos kenduri dan pernikahan
dalam masyarakat Melayu terutamanya menghambat pasangan yang ingin
berumahtangga untuk menyediakan sekurang-kurangnya puluhan ribu
ringgit. Keinginan yang menggila untuk menyediakan pelamin yang gah,
kenduri yang besar, persalinan pengantin yang banyak, upah
jurugambar, dan sebagainya menjerut leher mereka sendiri
sehingga
menolak persoalan KEBERKATAN dalam pernikahan itu sendiri. Tidak
hairanlah muda-mudi hari ini memilih jalan yang paling mudah untuk
mengisi keperluan mereka sebagai manusia yang sudah lanjut usia
dengan menyewa hotel murah bersama pasangan tanpa mengeluarkan
belanja yang besar. Malah lebih teruk lagi ada yang menculik dan
merogol sesiapa sahaja yang berkesempatan.

Baca Lagi...

No comments: