Facebook Badge

Saturday, February 16, 2008

A N A K


Syarikat Penerbit : Box Lite Film
Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Seram, Ngeri
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 21 Februari 2008
Durasi : 90 min
Audio : Stereo
Format : 35mm
Pengarah:Barney Lee
Penulis Skrip: Michael AngLakon
Layar: Michael Ang
Pelakon:Erra Fazira : NitaIda Nerina : KayRusdi RamliEsma DanialAzizah Mahzan: Mak Mek
Sinopsis Filem AnakNita dan Kay memulakan hidup baru mereka di bandar. Nita ialah seorang gadis jelita yang merasakan tiada lagi yang tinggal untuknya di dunia ini. Manakala Kay merupakan seorang peragawan terkemuka yang dikatakan wanita tercantik di Malaysia. Dia sekarang berada di kemuncak kerjaya beliau.
Di rumah baru inilah, Nita mula diganggu oleh seorang budak kecil 5 tahun. Nita memberitahu Kay mengenai segala yang dia nampak di dalam rumah itu tetapi sukar untuk diterima Kay. Nita mula meragui dirinya sendiri dan dipujuk oleh Kay supaya berjumpa dengan seorang pakar psikologi. Kay pula juga mula risau apabila dapat tahu Mak Mek telah meninggal dunia.
Di pengebumian Mak Mek, Kay bertambah lagi terkejut apabila dapati bahawa Mak Mek mempunyai adik kembar Mak Mah. Di pengebumian itu, Mak Mah mengarahkan Kay memberhentikan segala yang diamalkannya sebelum terlambat.
Sementara itu, Nita mula berjumpa dengan seorang pakar psikologi di mana dalam sesi mereka berdua Nita dibawa kepada kejadian keguguran anak beliau 6 bulan lalu. Nita telah dirogol oleh 3 orang lelaki. Setelah diketahui perkara ini oleh Kay, dia menyuruh Nita mengugurkan anak tersebut. Proses penguguran itu berjaya dilakukan tetapi ia menyebabkan Nita tidak boleh mempunyai seorang anak selepas itu.
Semakin banyak kejadian pelik berlaku dengan kemunculan budak kecil itu. Hidup mereka semakin diganggu dan tidak tenteram. Apakah kaitan budak itu dengan kehidupan mereka? Kenapa mereka diganggu?
Filem bergenre seram dan ngeri ini berdurasi selama 90 minit. Diarahkan oleh Barney Lee dan ditulis oleh Michael Ang ini dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat Malaysia seperti Erra Fazira dan Ida Nerina sebagai peneraju utama. Dibantu oleh Esma Daniel, Rusdi Ramli dan Azizah Mahzan akan menghantui pawagam pada 21hb Februari 2008.
Mahu dapatkan ulasan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]

No comments: