MAKNA NOMBOR PADA TAYAR
Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.
Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.
Dalam contoh, ketinggian tayar adalag 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.
Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.
Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg) www.familiazam.com
Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.
S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.
06 July 2007
Proton PM 5
hmm kete ni jual tak? ke prototype je..? "presented to Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Prime Minister Of Malaysia"
*PM5...perdana menteri 5....prime minister 5? smart gak kalau ada kuar nanti aku pun nak beli satuh laaaa
03 July 2007
Honda Life, RM 32,888
harga dia 32 ribu lebeih..lagi murah dari kancil!huhu bentuk dia pun cun..tak cam kenderaan kita ni..harga mahal bentuk kurenggg!kalau cam ni murah..aku nak beli tapi kat mana nak carik ha?
Life F-model (FF) Life D-model (Turbo/FF)
24 June 2007
Kemelut PROTON..haruskah ia dilenyapkan?
Apa dah jadi dengan Proton. Orang2 kampung dah makin banyak pakai kereta Hyundai dan Honda.
MMG AKU BERSETUJU GILER. KITA PUNYA KERETA NASIONAL TIADA KUALITI SEKALI KENA BATU KECIL TERUS LEKOK AJERBODY KERETA. NI SATU LAGI AKU BEGITU BENGANG KAT PROTON PASAL DUK PELIHARA SANGAT NGAN VENDORS NYA. BARANGAN YG DIKELUARKAN OLEH VENDOR SEMUANYA TAK CUKUP PIAWAIIAN ANTARABANGSA. DUIT NAK CEPAT NGAN BANYAK TAPI BARANG TIADA KUALITI. PROTON PLAK JADI CAM BODOH AJER TAKUT KAT VENDORS. SEBAB TU LAK AKU PUNYA KERETA ASYIK BAIKI MEMANJANG JER. PROTON JATUH SKRANG NI AKU RASA PASAL DIORANG TARGET TAK KENALAH...RAKYAT MALAYSIA RAMAI YANG DAH BERKELUARGA TAPI SEELOK2NYA KELUAR LAH KERETA SAIZ KELUARGA TAPI YANG DUK KELUARKAN KERETA SATRIA NEO BUAT APER!!!!TU MODEL UTK GOLONGAN REMAJA JER YANG TAK ADA ANAK DAN BINI. BAGI YANG BERKELUARGA PLAK NAK MASUK KE DALAM KERETA 2 PINTU AMAT MEMERITKAN. JIKA UNTUK GOLONGAN REMAJA..BERAPA KERAT SANGAT YANG MAMPU BELI??? REMAJA SKRANG NI RAMAI YG TANAM ANGGUR DARI BEKERJA. BILA TAK DER KERJA NAK BELI KERETA CAM NA?. LEPAS TU PLAK DIKELUARKAN KERETA MODEL SAVY YANG TAH APA2 TAH KONONNYA NAK FIGHT NGAN MAVY. KEPUTUSANNYA LIHAT AJERLAH BERLAMBAK MODEL SAVY TAK TERJUAL!!!!DESIGN KUNO...EKZOS DITENGAH2 PULAK TU...KERETA KECIL TAPI HARGA MAHAL GILER...MENGALAHKAN KERETA UNDUR LICENCE.
EKORAN KEDUA2 MODEL NI LAH AKU RASALAH PADA PANDANGAN AKU LA YG PROTON RUGI GILA2 DAN NAK MAMPOS NI...BUKAN TAK SOKONG KERETA NASIONAL TAPI YANG BIJAK PANDAI DLM INDUSTRI KERETA PROTON NAMPAK CAM BODOH AJER. IYELAH MINTAK KERJA PAKAI KABEL ORG DALAM BUKAN PAKAI KELAYAKAN SIJIL YG ADA. YG PANDAI TAK DAPAT KERJA. YG BODOH DAPAT KERJA SBB TU TIADA PENINGKATAN DALAM PROTON.
SATU LAGI PASAL HARGALAH...PUNYA LER MAHALLL..KERETA BUATAN KITA SENDIRI DIJUAL MAHAL LAK...SEPATUTNYA KERAJAAN KENA BAGI SOKONGAN CUKAI RENDAH DARI SEGI CUKAI KERETA DAN CUKAI JALAN. BILA DICAMPUR KESEMUANYA BIARLAH MURAH DARI KERETA SEANGKATANNYA. BIAR RAKYAT YG KURANG MAMPU DAPAT BELI.
LIHAT SKRG NI EJEN PROTON RAMAI YG MENGELUH SBB SALES KURANG...KLAU CAM NI SELALU BLEH POKAI BEBB...
MENGENAI MODEL KERETA KELUARKAN KERETA JENIS KELUARGA DAN MODEL YG KELIHATAN HEBAT SKT MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.ORG KATA IKUT TRENNN. LIHAT JE MODEL HUNDAI DAN KIA. KLAU HONDA DAN TOYOTA TAK YAH CAKAPLAH SBB KORANG SEMUA DAH TAU KECANGGIHAN TEKNONYA. AKHIR SKALI PENTINGKAN KUALITI DAN JUGA KUALITI BARANG DARI VENDORS.TQ.
26 May 2007
Gen 2
Pada aku Gen 2 merupakan keluaran Proton yang paling menarik. Keluaran terbaik Proton mungkin adalah Wira. Walau pun Proton masih berterusan dengan pelbagai masalah remeh, aku masih menganggap ia merupakan kereta yang paling sesuai untuk kegunaan masyarakat kita, dengan kualiti yang agak sederhana dan harga yang termurah dalam kelasnya.Fuiyoh!
Tapi disini aku nak bincang pasal Gen2 (1.6 dan 1.3) edisi terbaru, yang ader spoiler tuh, apakah ia masih dibelenggu masalah seperti keluaran pertama? Pada aku Gen2 merupakan hasil senireka yang menarik, tersendiri, pembuatannya penuh ketelitian (tapi bahan kurang kualiti) , sistem alarm yang bijak dan penggunaan sistem elektronik yang penuh inovatif.
Harap pandangan yang rasional.. bukan setakat cacian kerana bencikan proton. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment