Monday, August 31, 2009

Nik Aziz berlakon filem - The Tree

JaLan2tgkEspoRamaDhan..



Date : 31 Ogos 2009
Time : after maghrib..
Place : EkspoBertam & EkspoKaiLan | kepaLaBatas..

Info : semaLam iJaL terserempak gn team | Northern Cars Recreation Club dpan Centre Sequare Sp . . rupanya depa ada | Gathz Konvoi Merdeka Feat. Berbuka Puasa . . ondway nk pi kepaLa batas . . anyway best ar activity convoi nie . . siap gn sepasang kibaran bendera lg !! cayaLah !!


NorthernCRC.com

Sunday, August 30, 2009

SaLam | meRdeka !!



CikGu | akmaLazizi..


shbt msa stdent@matri | perLis . .
sdg brkhidmat@SK machanGBubok . .

Friday, August 28, 2009

Video Perkahwinan Ustaz Akhil Hayy & Waheeda

Ralat !! Bukan Dr Ismail Kamus Tapi Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh meninggal dunia

August 28th, 2009



11.47am : Dr. Ismail Salleh meninggal dunia
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh, 62, meninggal dunia hari ini akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Kuala Lumpur.
Isteri Allahyarham, Datin Hasnah Wahab berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi ini di dalam penerbangan Tiger Airways. – Utusan

7.09pm : Ustaz Ismail Kamus sihat wal afiat
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Ustaz Ismail Kamus mengesahkan beliau sihat dan kini berada di Mekah mengerjakan umrah.
Justeru adiknya, Mohamad Kamus yang dihubungi petang ini menolak khabar angin yang tersebar luas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) konon abangnya itu kembali ke Rahmatullah. – Utusan.

P/s :- omaQ letak entry ini.. bukan apa.. sbb ramai sangat yang sms omaQ bagi tau yang Dr Ismail Kamus meninggal dunia.. sedangkan dia sedang mengerjakan Umrah…. yang meninggal dunia adalah Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh
Tags: Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh Dr Ismail Kamus meninggal dunia

Posted by omaQ in My Info
One Response to “Ralat !! Bukan Dr Ismail Kamus Tapi Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh meninggal dunia”

1.
ima
August 28th, 2009 at 7:47 am
aah..tu yg nak cite…adik ismail kamus ( alwi kamus ) abang ipar akak…
so mlm td bl dgr berita tu terus call anak sedara…die kata..cik ma ni
ntah org yg ke berapa puluh ntah yg call die..mn ada ninggal…
petang td die call tgh sdp mkn kmbing kat mekah tu..hahaha…
terus ngantuk balik

omaQ.org
omaQ is Back !!!

.........iJaL pun dpt msG 4m pakSu, member tmpt kja . . then die pun tnya btui ka . . after open omaQ.orG . . bru La tau . . anyway . . saLam takziah 4 fmLyUs . .

Wednesday, August 26, 2009

Al-Quran Raksasa



Al-Quran gergasi di pamerkan di lobi Hotel Grand Sahid Jaya, Jakarta bersaiz berukuran 200 cm x 150 cm ditulis oleh Abdul Malik dan Hayatudin sempena Ramadhan

Tuesday, August 25, 2009

PudingCarameL | dr.Fauz !!



Date : 25 Ogos 2009
Time : 4.00 p.m
Place : Gerai PanJanG@SeJatiPark..
Info : masa iJaL sGh kt Gerai dr.Fauz . . jenGok2pudinG CarameL | homemade! resepi turun temurun . . terserempak puLa gn myFamiLy . . drg nk terawih kt masJid BakaQ aranG stg . . so then . . buka pose duLu wth aLL . . & then Jemput myLoveLy datin . . baLik keJe . . jam8stg . . so . . . Letz terawih !!! & sGh2sma sepanJanG ramadhan nie . . merasa puDinG asLI buatan tanGan . . hehe . .

ANADY NETWORK ENTERPRISE
12a, Taman Tenusu,
08000 Sg. Petani
Tel : 04-4317317



Sunday, August 23, 2009

Bagaimana hendak khatam Al-Quran dalam Ramadhan



Bulan Ramadahan peluang untuk kita mendapatkan ganjaran dan pahala yang banyak dari Allah SWT. Antara yang baik kita lakukan ialah bertadarus Al-Quran.

Jika kita tak berapa lancar membaca Al-Quran bolehlah mengamalkan membaca Surah Al-Ikhlas 100 kali . Tip ini dikongsikan oleh Ustaz Mursyid. Daripada kita merangkak-rangkak membaca Al-Quran dengan tajwid ke mana, tartib ke mana eloklah kita amalkan.

Bagaimana jika kita niat untuk belajar tiada masalah.

Jika kita sudah biasa mengamal membaca Al-Quran rasanya tiada masalah tetapi kalau kita sudah 10 tahun meninggalkan membaca Al-Quran nescaya merangkak-rangkak. Kalau belum bermula apa kata kita mulakan Ramadhan ini dengan membaca Al-Quran kerana sangat besar pahalanya.

Bagaimana untuk kita khatam Al-Quran dalam masa sebulan ?

Hanya perlu membaca 4 setengah muka Al-Quran selepas setiap solat waktu.

4.5 X 5 X 30 = 604 muka surat. Jumlah muka surat dalam Al-Quran.

Meh kita membudayakan Al-Quran..

Ustaz Asri Ibrahim RABBANI dalam kenangan



Saturday, August 22, 2009

adikMuJahiD | meninGGaL . .



Date : 22 auG 2009
Time : after asr
Place : SetiaBuDi park@tikam Batu..
Info : 4m dr.Fauz aL-hasny..


muJahid ( baju hitam ) semasa menyambut ahli prowirsclub
di majlis amaljamaie@masjidAlBaraQah | tikam batu..

Menjadi jutawan di bulan Ramadhan



Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.

Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala

Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali
ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala

Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam
ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala

Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan
oleh Allah swt 94500 pahala

Mari kita tukarkan dalam bentuk Rm.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00

Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00

Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00

Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00

Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00

Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari
Sahaja!!!!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai
contoh Alif Laaaaaam miim,
maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya.

Sahabat pun Bertanya satu perkataan 1 pahalakah ?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu,
allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.

Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam Rm
Berapakah jumlahnya?

Bagaimana dengan zikir,
sadaqah,
solat sunat,
zakat,
puasa,
malam lailatul qadar & lain-lain lagi ?

Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya.
Tidak ada Mana-mana perniagaan,
pekerjaan,
multi level marketing,
jutawan internet & Lain lain
dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda?
Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!!
Ayuh Ajak keluarga,
rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan
jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat & tarikh tutup sampai.

Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat !
Mengapa ?

Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa
( diulangi senantiasa ) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke,
jadi akauntan ke,
master in business admin ( mba ) ke,
kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.

Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!

*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt.
Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu.

Renungkanlah.

Wallahu'alam.

Selamat berpuasa,

Selamat beramal,

Semoga ramdhan ini memberi satu makna kepada kita.
Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja.
Mungkinkah ini ramdhan terakhir buat kita tak siapa yang tahu.......

Friday, August 21, 2009

Asri Rabbani Selamat Dikebumikan



iJtima'RemaJa@ihyaRamadhan . .



Date : 20 AuG 2009 ( khamis )
Time : after isya'bersama . .
Place : home pakLonG hamied @ simpoQ


dr.Fauz aL-hasny . .


saudaRa zuLheLmie . .


pakSu GebanG2wth
pakLonG hamied



mr.Farhan Naem
khusyuk isi boranG . .

Sunday, August 16, 2009

Nikah@Kahwin | Waheeda&Akhil Hayy . .



Senyum sampai ke telinga Akhil Hayy dan Waheeda dalam
gambar perkahwinan @ pernikahan diorang nie.

Gembira la tue tercapai jugak hasrat yang terpendam lama di hati.
Tahniah la dari kami di BeautifulNara.com.

Kesian Maiza bersahur dan berbuka puasa sorang-sorang nanti.
Bestlah Waheeda dan Akhil dapat berpuasa bersama-sama.
Apa nak dikata. Rezeki masing-masing.

Nanti kami akan update lagi gambar nikah,
sanding@perkahwinan Waheeda dan Akhill Hayy
kalau ada. Tunggu ye ~~

Saturday, August 15, 2009

15 Sebab Bencana Menimpa Manusia

Labels: Agama, isu hangat



Bencana?
Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh
At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib,
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut,
maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:-

1. Apabila harta yang dirampas
(daripada peperangan) diagih-agihkan kepada
orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu,
maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk
angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat
atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas,
tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa
bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca
daripada perbuatan mereka sendiri.

Oleh itu,
kembali kepada yang dituntut oleh Islam,
semoga kehidupan kita akan dirahmati
keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Wallahualam

Wednesday, August 12, 2009

AL-FATIHAH : Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia



Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.


Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Dia menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar – 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti ‘ARAH Dari Mana… Ke Mana…

‘ (1997), ‘Pergi Tak Kembali’ (1999), ‘Intifada’ (2000), ‘Yalla Beena’ (2004) dan yang terbaru, ‘Nostalgia Nada Murni’.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.


Asri, dua dari kiri dibarisan depan


Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan. (mstar)

Tuesday, August 11, 2009

Renove@PerLis . .



Date : 11 Ogos 2009
Time : 3.00 ptg
Place : home@matayer . .
Info : drive wth bos tgk renove umh Ustaz . .


wth Ustaz Akram . . bro. 'aLiKarimi


Hj.FadhiL a.k.a bos . .
tgh decide . . wth pakSu . .




hadapan umh Ustaz Kaya Bakti DahLan . .


vios vs frontier


not4saLe . .

Thursday, August 6, 2009

LARANGAN Dalam Islam dr segi HEALTH!!



LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATANDAN KEBIASAAN YANG BOLEH
MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
3) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
4) Berjaga malam selain dari qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana,
tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,
MAKANLAH,
JANGAN DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman,
hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke
dalam makanan atau minuman itu,
kemudian ambil dan buangkan lalat itu.

Ianya tidak racun lagi/sudah
selamat digunakan.

Ingat jangan membazir,
orang yang membazir itu adalah
saudara @ sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9) terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN
SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI AKTU-WAKTU BERIKUT :

1) Selepas bersenam,
bersukan @ melakukan kerja-kerja berat.
2) selepas makan @ sebelumnya.
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak
jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 @ 2.00,
kemudian bersugi, berwuduk & bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan,
rusuk kiri di bahagian atas,
supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,
cepat hadam makanan.
Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari
walaupun terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

1) Bersihkan tubuh,
terutamanya bahagian muka,
tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil
setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur
bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG

1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN

1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang +/salib.
4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6) Banyak menangis.

Wednesday, August 5, 2009

sahabat omaQ.orG



Date : 5 Ogos 2009
Time : 3 Evening
Place : JiranRumah Customer@Tmn SeRiPutRa . .

Info : masa bawa uLian | supervisor Contractor..
tGk bumbunG umh bocoR.. masa sembanG2gn tuan umh..
upenye die knai gn omaQ... sahabat msa kt MPI..
cs raJin ziarah bLoG omaQ.orG..sempat La.. snap..


tGh discuss gn Supervisor . .


fLatScreen tu . . .

Monday, August 3, 2009

petua kecantikan semulajadi



Assalamualaikum....

hari ini kita akan bercakap soal kecantikan semulajadi..wah....wah...jd pakar kecantikan lak..x pe la kita sama2 amalkan nya..kita orang perempuan ni mesti sentiasa kecantikan, x kira lah luaran atau dalaman. Jom..kita susuri lembaran kecantikan utk hari ni..hehehe



Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.Rambut LebatSetelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut.

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab

Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Saturday, August 1, 2009

15 Fakta Menarik | Rahsia Alam |

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum! Semua..



Kali ini saya nak kongsi fakta menarik tentang rahsia alam pula...


1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).

3. Dalam tempoh 10 minit,
taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan
tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.

4. Secara purata,
ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.

5. Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat.

6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup
sehingga 116 tahun atau lebih.

7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga,
tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.

8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

9. Secara fizikal semulajadi,
adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.

10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan,
tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.

12. Semua beruang kutub adalah kidal.

13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang
yang boleh dibina dari huruf-huruf
yang terdapat dalam satu barisan
yang sama pada papan kekunci.

15. Hampir semua pembaca bloG ini akan cuba untuk menjilat sikunya.
Anda bagaimana? Hehehehe...

P/s: Sekadar Untuk di kongsi bersama tentang RAHSIA ALAM.