Facebook Badge

Wednesday, July 8, 2009

Alhamdulillah : Kadar indeks jenayah Kedah turun


ALOR SETAR 7 Julai - Kadar indeks jenayah sepanjang enam bulan pertama di negeri ini menurun sebanyak 612 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, sebanyak 6,573 kes dilaporkan dalam tempoh itu berbanding 7,185 kes pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, penurunan indeks jenayah itu dipercayai berikutan keberkesanan strategi dan operasi pencegahan polis yang diadakan secara berterusan dan bersepadu bagi memerangi gejala berkenaan.

"Jenayah indeks adalah jenayah yang boleh dicegah. Dengan adanya perancangan strategik dan sistematik, kesedaran dan komitmen semua pihak dalam pencegahan jenayah dan pemantauan berterusan, insya-Allah usaha kita memerangi jenayah ini akan berhasil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Balai Polis Komuniti Pekan Simpang Kuala di sini hari ini.

Balai berkenaan merupakan yang pertama di bandar raya ini dan yang keenam dilancarkan di negeri ini selepas Taman Ria Jaya dan Bandar Puteri Jaya di Kuala Muda; Bandar Darul Aman di Kubang Pasu dan Kampung Lalang serta Kota Baling Jaya di daerah Baling.

Menurut beliau, kewujudan Balai Polis Komuniti telah membantu mengurangkan kadar jenayah kerana ia dapat memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan dalam memberi respons lebih cepat dan berkesan kepada masyarakat setempat. (UTUSAN)


ADMIN - KEDAHLANIE TIME - 12:29 PM 0 KOMEN ANDA
LABELS: POLIS, UTUSAN MALAYSIA

No comments: