
Ini adalah rakaman dalam rancangan Galaksi di TV9 minggu lalu. Galaksi menceritakan kisah Akhil Hayy, Waheeda dan Maizawati sejak dari mula hingga yang terkini di dalam bentuk video yang lebih mudah difahami buat mereka yang berminat mengetahui perkembangan kisah gosip hangat seorang ustaz pada masa kini.
Apa yang lebih menarik, dalam video di atas, terdapat banyak rakaman yang dilakukan di website ini. Biarpun tanpa sebarang kredit, kami tetap rasa cool sebab TV9 sudi masuk website ini dan ditunjukkan kepada umum. Jelas sekali nama Gadis Lonely dalam rancangan tersebut. Feymes la Gadis Lonely tu lepas ni ye? Hehehe.
Apapun kita tunggu perkembangan seterusnya kisah mereka ini. Apa yang akan berlaku di mahkamah Julai ini. Rakyat Malaysia menanti dengan penuh debaran. Kita sibuk-sibuk pasal hal rumah tanggan Akhil Hayy ni bukan bermakna kita sibuk hal rumah tangga orang, tapi itu tanda kita sayang Akhil Hayy, Waheeda dan Maizawati.

Kepada mereka kalau boleh elakkan penceraian. Tenung dalam-dalam wajah anak-anak kat rumah tu yang cerah masa depan mereka. Jangan digelapkan hanya kerana kesilapan kita berdua. Mereka yang pernah melalui proses ibu bapa yang bercerai sahaja tahu apa perasaaan anak-anak mereka.
P/s: Ada member pass koleksi ceramah Akhil Hayy. Memang best dia ceramah. Kelakar gila. Tapi tanpa kita sedari, ceramah dia sebenarnya terselit politik dan kutuk-mengutuk. Kadang-kadang buat lawak dengan agama. Itu apa yang kami rasa dari apa yang kami lihat dan tonton. Nak nengok? Jika banyak request mengenai video koleksi ceramah tersebut di bahagian komen, kami akan upload untuk anda.

.: iJaL Grab 4m oh!aRtis.com ::
No comments:
Post a Comment