Facebook Badge

Friday, August 22, 2008

bbyGurLzRazaqq

wajah yang akan ku rindu...

hari ni 20 Ogos, 6 hari usia cahaya mata aku dilahirkan... alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

jumaat, 15 Ogos; 1031 malam, cahaya mata pertama; cahaya hidup ku dilahirkan... detik2 yang aku lalui bersama isteri pertama. dengan pancaindera yang allah kurniakan, aku saksikan tiap detik yang membuatkan aku berasa terlalu KERDIL sebagai hamba kepada ‘YANG MAHA MENCIPTA’... setiap detik proses kelahiran aku rakamkan dalam ingatan. alhamdulillah, hanya 3 minit lebih sahaja aku & isteri lalui detik2 kelahiran cahaya mata pertama kami.. perempuan. 2.6kg. sebaik sahaja selamat dilahirkan, doktor terus iqamah dengan kuat... alhamdulillah... doktor yang baik... berikan kalimah pertama yang baik untuk anak aku terima. selepas di bersihkan, doktor minta aku pulak azan dan iqamahkan.... kiri dan kanan...

kemarin 19 Ogos, cahaya mata yang ku namakan AZRA HUMAIRA’ dimasukkan ke wad hospital Jitra. kena kuning pulak... sedihnya.. sebab kena tahan...

tak berapa hari lagi, aku kena balik ke Sabah seorang meninggalkan isteri dan anak aku yang tersayang. dok terbayang... macammana lah nak hadapi hari2 berseorangan. CUMA pun tak habih pantang lagi... AZRA HUMAIRA’ pun kecik lagi. dugaan betui untuk aku. aku kena tabah... kuatkan semangat. aku cuba lah isi borang perpindahan guru antara negeri yang dibuka 1-30 september nanti.

ini antara gambar2 yang sempat aku snap dengan iPhone aku.. yang aku upload, semua gambar waktu AZRA HUMAIRA’ tidur... waktu dia jaga, aku tak teringat nak snap sbb aku rasa begitu terhibur dengan keletahnya.. anak aku, mmglah aku kata comel.. senyuman AZRA HUMAIRA’ cukup untuk aku menitiskan airmata... betapa sempurnanya ciptaan dan kurniaan ALLAH ini untuk ku.. kurniaan pertama yang aku terima..
kepada ALLAH, aku berdoa semoga ENGKAU kuatkan semangat ku untuk menjalanjan amanah sebagai pendidik generasi nun jauh dari pandangan interi dan AZRA HUMAIRA’
kepada ALLAH, aku teramat berterima kasih dan bersyukur atas kurniaan MU...
kepada isteri, aku selalu doakan moga ALLAH kuatkan semangat selama kita berjauhan.
kepada kawan2 yang bakal menjadi ayah @ ibu, aku doakan semoga semuanya mudah untuk kalian hadapi - razaqq.fotopages.com

No comments: