Facebook Badge

Monday, June 23, 2008

prof.umar

Berjimat cermat...

by omaq @ 1:01 am in My Matri



Ayahku berpesan, jangan membazir.
Ibuku berkata cermat itu selamat.
Bahkan AlQuran mengajar boros itu keji.

Nabi Bersabda walau disungai
berpadalah dalam wudhukmu.
Semuanya kukhatam sedari kecil.

Kini seekor sahabat Syaitan,
ingin mengajar masyarakatku.
Ajaran ini mungkin baru,
bagi sekolah Islam Hadhari.

Dahulu duit negara dibuang,
kini duit rakyat diburu.
Katanya kita perlu berjimat.
Katanya kita sentiasa fikirkan rakyat.

Sedangkan tilamnya derita sejagat.
Hidangannya jerih berdaulat.
Pakaiannya kebencian kesumat.

Berjimatlah perkataanmu,
cermatlah laung serumu.
Kerana inilah jalan selamat.
Melambat tarikh keramat.
Sumpah seranah ini bukan hanya meluat.
Tetapi doa yang keramat.

Jangan kau ajar kami jimat.
Jangan kau suruh kami cermat.
Sedang kau jahil amat.
sedang kau kufur nikmat.

Jimat cermat telah kami semat
zaman berzaman sebagai adat.

Rakyat yang murka.
di bumi orang susah.
9 Jun 2008


Nukilan OmaQ Aiman http://www.pujangga-kembara.blogspot.com

P/s :- OmaQ Aiman nie sahabat omaQ yang masih melanjutkan pelajarannya di Sudan...selamat belajaq wahai sahabatku di perantauan!!

No comments: