Haluan SportDay 2008 !!
by omaq @ 10:57 pm in My MatriDate : 1 Mei 2008 ( Khamis )
Place : Futsal di SPORT PLANET, MERGONG, ALOR SETAR.
Sukan-sukan lain seperti badminton, bola jaring dan bola tampar
di Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
Info : Sukan Haluan seutaghra!!!

HALUAN Kedah Juara Sukan Zon Utara
1 Mei 2008: HALUAN Zon Utara telah berjaya menganjurkan pertandingan sukan di kalangan ahli dan keluarga HALUAN. Pertadingan yang berlansung di Bandaraya Alor Setar tersebut telah menarik penyertaan seramai 400 orang ahli HALUAN dan keluarga mereka.Antara acara sukan yang telah dipertandingkan adalah badminton, bola jaring, bola tampar dan futsal. Pertandingan acara badminton kategori lelaki telah diadakan di stadium Persatuan Badminton Kedah. Manakala di Stadium Sultan Abdul Halim, acara bola jaring dan badminton kategori wanita telah dilansungkan. Acara bola tampar kategori lelaki telah dipertandingkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Al Bukhari. Acara yang diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat, iaitu futsal, telah diadakan di Sport Planet Futsal.
Alhamdulillah penyertaan yang ramai dari ahli dan keluarga HALUAN dapat menjalin dan mengeratkan lagi ukhuwah di kalangan mereka. Malahan, ianya adalah menjadi satu perkara yang sangat penting dalam menjaga kesihatan dan kecergasan badan. Usaha mendidik dan berbakti yang menjadi moto HALUAN tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik jika dihalangi oleh masalah kesihatan dan kecergasan.
Secara keseluruhan HALUAN Kedah telah menjadi juara untuk kali ini. Tahniah, dan semoga usaha baik ini akan dapat dikembangkan lagi di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment