 
 
 



Quote: |  Tanggal 26 April 2008, Masjid Putrajaya menyaksikan sekali lagi air mata kesyukuran Mohd Khairul Nizam Mohammad Wahi atau Khai dengan Rosmayati Sidek atau Rosma saat diijabkabulkan pada jam 11.55 pagi selepas dua jam ditunangkan pada majlis yang sama.
Hantaran Khai sebanyak RM16,161.61 untuk Rosma yang juga menerima mas kahwin berjumlah RM100. Sebanyak 9 dulang dari pihak Khai berupa sireh junjung, tas tangan dan kasut berjenama Guess, sejadah, telekung serta senaskah al-Quran. Rosma pula membalas 11 dulang hantaran seperti, kek, minyak wangi, sireh junjung, kasut dan tali pinggang berjenama Armani Exchange, puding, coklat dan juga senaskah al-Quran. |
|
No comments:
Post a Comment