Subject: Fw: Bila budak Sains bercinta...
>
> Bila budak Sains bercinta...
> Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim
> hatiku di bahagiisipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat
sebarang
> anggapan??
>
> Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk
> menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
>
> Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini,
kerana
> aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
>
> Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
> kesetiaan yg kuberikan.
>
> Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
>
> Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau
> berikan masih lagi belum sahih.
>
> Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak
balas
> cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
>
> Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah
> 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
>
> Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran
dan
> perolakan.
>
> Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami
> rintangan?
>
>
> Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras
> untuk mengurangkan rintangan itu.
>
>
> Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
>
> Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti
> dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
>
>
> Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih
> aktif dan bertindak balas dengannya.
>
>
> Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan
> haruslah menggunakanhukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk
> menyelesaikannya.
>
>
> Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud
> dan arahnya sekali.Masihkah kau tidak percaye?
>
>
> Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam
> bentuk lazim.
>
>
> Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah
> tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.
>
>
> Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari
> iman.
>
>
> Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!
>
>
> Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau
> Belum mendarabkannya dengan 6x10^23.
>
>
> Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila
> tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan
> mengalami hemolisis.
>
>
> Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami
plasmolis.
>
>
> Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan,
> tetapi
> rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku
> sendirian........
>
>
> hahahahaha...fizik kimia biologi +math pun ada....best tul..... ::
Doa
5 months ago
No comments:
Post a Comment