Facebook Badge

Saturday, April 5, 2008

MumiLk

Subject : Kisah Susu Ibu

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin
di Amerika. Maka ada dua orang ibu yang melahirkan sorang
anak lelaki dan sorang lagi anak perempuan. Masalahnya,
kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan
anak lelaki tersebut ! kes berebut anak lelaki lah....

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang
sama, maka timbul sedikit masalah bagi menentukan ibu
yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut,
tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika
bertanya pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam
mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat
ujian darah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai
kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Maka doktor Amerika tu tanya doktor dari mesir, macam
mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata
Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap
masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran.

Maka terkedu doktor dari mesir tu! reluctantly,, doktor dari
mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang
kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir.

Maka ulama dari mesir tu tanya apa masalahnya. Setelah
diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum.
Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang
melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan
kalsium, zat galian dan sebagainya!

Setelah selesai ujian,
mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa
semula dengan ulama tersebut. Setelah dapat keputusan ujian,
maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut.
Mau tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut,
mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat
galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu.
Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu
yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar
kepada anak lelaki tersebut !

Maka doktor amerika tadi
bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir
memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah
2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal
pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah
hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk
anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk
anak perempuan !

===> Sebab Itulah tanggung jawab anak lelaki terhadap
ibubapa lebih berbanding anak perempuan apatah lagi apabila
seseorang perempuan itu dah berkahwin dah semestinya dia
mengikuti suaminya tetapi...... apa yang berlaku sekarang ni,
selalunya(bukan semua tapi kebanyakan) anak perempuanlah
yang lebih bertanggungjawab terhadap orang tua mereka
berbanding anak lelaki.....sebelum dan sesudah berkahwin.....
Sorry kalau ada yang terasa tapi ini adalah fakta bukan andaian
semata, jadi fikir2 kanlah mengapa? dan kenapa? Berlaku
macam tu, jangan sampai anda (lelaki) melakukan
perkara yang sama.........



__________ NOD32 2901 (20080225) Information __________
This message was checked by NOD32 antivirus system.
http://www.eset.com/

No comments: