Facebook Badge

Wednesday, April 30, 2008

dato..

Gambar Siti Nurhaliza & Datuk Khalid @ Malam Gala Teater Patung Kertas

time April 30th, 2008 | category Category: Gambar Artis, Siti Nurhaliza |
comment 8 Comments »

Semalam, telah berlangsung Malam Gala Teater Muzikal Patung Kertas di MTC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Hari ini (30 April), adalah hari terakhir persembahan. Budiey dengar cerita, Teater Muzikal arahan Lokman Ghani ini akan diusung ke filem atau drama tidak lama lagi. Nantikan juga teater ini kemungkinan besar akan diusung juga ke beberapa buah lokasi yang lain selepas ini. Itu pun kalau cukup belanja dan bajet serta tajaan daripada pihak lain yang sudi menaja.

Turut hadir di Malam Gala adalah Siti Nurhaliza & Datuk Khalid. Budiey perasan Siti pernah pakai selendang yang dipakainya itu di Pra Kemuncak ABP… selebihnya… Siti sangat simple pada malam tadi. Tapi lama betul tak lihat Siti Nurhaliza berkepit dengan suaminya, Datuk K.

Apabila ditanya, mengapa jarang mereka kelihatan bersama di majlis anugerah. Siti ada cakap, Datuk K tidak mahu kacau karier Siti dan biarkan Siti dengan dunia nyanyian. Masing-masing buat kerja masing. Lagi pun, Datuk Khalid sebenarnya segan sebab selalu je kena usik di majlis anugerah.

Mmm… sabor je la ya.

Tags: ,


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Cik Pot Corner @ Tukang Gossip Suria FM
  • ARISHA: Penari Ika Fancy Ke Pentas Teater Patung Kertas
  • Keluarga Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza
  • Peraduan Jom Menonton Teater Muzikal Patung Kertas @ MTC
  • Keputusan Peraduan Jom Menonton Teater Muzikal Patung Kertas @ MTC
  • No comments: