

Patutla parents yasmin ahmad rupanya. Patutla anak dia mentaliti mcm tu. Kt dlm citer mukhsin mk bpk dia ada interframe nyanyi lagu keroncong yg tu la
From: Azmarina Mohd Ramadzan
Sent: Monday, April 21, 2008 9:34 AM
Subject: FW: SO ROMANTIC ....RESEPI CINTA
----- Terharu bila baca artikel nih...............romantiknya walaupun dah lanjut usia....... ...
Cinta sejati tak dimamah usia
Oleh Halina Mohd Noor
MANJA: Mak Inom dan Pak Atan tetap mesra dari dulu hingga kini.
Kemesraan Mak Inom dan Pak Atan kekal hingga ke hari ini meskipun sudah berpuluh tahun berumah tangga
Hujan membasahi bumi
Melahirkan keluhuran budi
Mengerat perpaduan suci
Kasih sayang abadi
BAIT lagu berirama keroncong ini masih terdengar-dengar ketika meninggalkan pekarangan kediaman Inom Yon (Mak Inom), 74, dan suami tercinta, Ahmad Hashim, 75, atau lebih senang dipanggil Pak Atan.
Seketika, diri turut dibuai kelunakan suara Mak Inom mendendangkan setiap bait sambil sesekali menari di samping Pak Atan yang asyik mengalunkan irama daripada keyboard. Suasana petang yang hangat bertukar
indah dan syahdu melihat keakraban kasih sayang antara keduanya.
Sememangnya Pak Atan dan Mak Inom sentiasa dilamun cinta biarpun usia masing-masing menginjak senja. Bergelar datuk dan nenek kepada lima cucu, cinta antara keduanya tetap mencambahkan bunga kasih yang terus berkembang segar hingga kini.
Kemesraan pasangan ini bukan khayalan pengarah filem tersohor, Yasmin Ahmad semata-mata seperti yang dipaparkan dalam filem arahannya, Rabun.
Inilah keindahan sebenar yang ingin dikongsi anak sulung mereka itu bersama penonton. Walau ada yang menjuihkan bibir, hakikat kehidupan mereka yang sentiasa mesra bagaikan teruna dara baru berjumpa tidak dapat dinafikan. Segala-galanya jelas terpapar pada wajah Mak Inom dan Pak Atan, melalui gerak geri dan panggilan mesra - 'sayang' dan 'darling' yang sering meniti di bibir.
MESRA: Berpegangan tangan di hadapan kediaman mereka di Subang Jaya.
"Beginilah kami selalunya. Lepas sama-sama memasak,uncle main keyboard, auntie pula nyanyi. Ini bukan mengada-ngada. Kemesraan ini lahir spontan daripada hati sejak awal pernikahan lagi. Mungkin bagi kebanyakan orang,
kemanisan alam pengantin baru hanya sementara,tetapi kami tetap meneruskannya sehingga kini seperti mandi berdua, berjalan sambil berpegang tangan mahupun ketika tidur juga," kata Mak Inom.
Mengakui awalnya berkahwin bukan atas dasar cinta, Mak Inom dan Pak Atan yang masing-masing baru putus tunang, akhirnya bersetuju disatukan selepas berkenalan tiga bulan kerana kasihankan nasib masing-masing.
Berpegang kepada kata-kata Hamka, cinta yang berputik daripada belas kasihan lebih berkekalan daripada cinta biasa, Mak Inom tidak ragu-ragu menerima lamaran Pak Atan. Tambahan pula perwatakan Pak Atan yang sempurna pada matanya sudah cukup membuatkan Mak Inom yang baru
menamatkan pengajian selama dua tahun di Kirby, Liverpool tertawan pada guru muzik itu.
"Bagi saya ketika itu cinta tidak bermakna. Uncle sering merendahkan diri, lembut apabila berkata-kata, tidak banyak cakap dan sering memberi nasihat untuk mententeramkan perasaan saya. Dia juga pandai mengambil
hati ayah yang juga menyukainya. Itu yang penting, restu ibu bapa," katanya.
Pak Atan pula cukup tertarik dengan layanan diberikan Mak Inom. Setiap kali bertandang, dirinya dijamu dengan masakan Mak Inom yang memang handal memasak. Bagi Pak Atan, itulah kecantikan sebenar yang dicarinya selama ini.
"Kecantikan itu lahir dari hati yang suci. Kecantikan fizikal yang sering diagungkan itu tidak kekal dan jika itulah cinta, ia akan pudar bersamanya. Itulah sebabnya kemesraan hanya dikecapi ketika baru
berkahwin. Selepas dua atau tiga tahun, lenyap. Suami jalan di depan, isteri di belakang. Apa salahnya berjalan berpegang tangan seperti masa bercinta dulu?
"Saya tidak kisah apa orang nak kata mengenai kemesraan yang kami tunjukkan. Ini isteri saya, suka hati sayalah nak pegang tangan dia atau nak panggil apa. Jangan terkejut kami tetap mandi berdua sehingga kini
walaupun ketika berada di rumah saudara mara. Mereka pun tahu dan faham," katanya.
Sedangkan lidah lagi tergigit, pasangan ini tidak menafikan mahligai yang dibina sesekali tetap dilanda badai terutama di awal perkahwinan.
Bagaimanapun, sikap tolak ansur dan tidak berdendam membuatkan rumah tangga dibina kekal bahagia.
"Kalau bertengkar, kami pergi ke tepi laut supaya anak-anak di rumah tidak dengar. Kami luahkan apa yang tidak puas hati. Bila reda, baru balik. Anak anak boleh tahu kami bergaduh hanya kerana saya tidak peluk bahu isteri ketika menonton televisyen. Mereka akan kata, mak tak kawan ayah ya?," kata Pak Atan.
Mak Inom yang kesal dengan peningkatan perceraian di kalangan pasangan hari ini, berkata sikap bertolak ansur dan memahami pasangan penting selepas berkahwin. Lumrah masa bercinta memang semua indah, tetapi bila tinggal sebumbung, baru tahu buruk baik masing-masing.
"Masa baru berkahwin memang susah sesuaikan diri. Auntie selalu merajuk terutama masa mengandung anak sulung kerana uncle sibuk bermain badminton setiap petang. Auntie luahkan perasaan benci padanya, tetapi jawapannya, tidak ada perkataan benci dalam kamus hidupnya, membuatkan
auntie terdiam. Auntie sedar, kita perlu berkorban sedikit dengan menerima seadanya pasangan kita sama ada suka atau tidak kerana itulah dirinya," katanya.
Beliau berkata, isteri perlu bijak memenangi hati suami terutama dari segi makan minumnya selain menghormatinya sebagai ketua keluarga walaupun isteri berkenaanberpangkat lebih tinggi daripada suami.
"Jika isteri tidak kisah, tidak mustahil apabila ada wanita lain yang menunjukkan kasih sayang padanya, suami akan jatuh cinta dengan wanita itu. Jangan bersikap mementingkan diri termasuk dalam bab duit. Bila suami susah, kita bantu. Jangan ada konsep duit dia, duit kita tapi duit kita, duit kita. Ini tidak betul. Menjaga kebersihan diri juga penting. Janganlah bau kencing ada dibiarkan sampai suami balik ke rumah," katanya.
Pak Atan turut bersetuju, seorang suami inginkan wanita yang bijak menjaga kebajikan suami. Bagaimanapun, katanya suami juga perlu mengikis ego untuk mengakui kesilapan yang dilakukan pada isteri kerana isteri hanya ingin mendengar suami mengatakan 'maaf'. Itu sudah cukup melembutkan hatinya.
Dalam hubungan ini, katanya, suami harus banyak bersabar berdepan kerenah isteri, begitu juga sebaliknya.
"Pandailah ambil hati isteri. Isteri mungkin penat selepas seharian bekerja ditambah dengan kerja rumah.
Apa salahnya pada sebelah malam, sebelum tidur, suami urut badan atau kaki isteri. Seorang suami yang mengurut isterinya, akan mengalir dosa-dosa yang ada padanya melalui celah jarinya itu.
"Bantu isteri didapur juga boleh mengeratkan hubungan. Gurau senda antara suami isteri menambah seri. Mungkin orang lain tak buat macam uncle buat. Bila balik rumah, uncle panggil auntie dengan panggilan uhu...uhu..., itu tanda uncle balik. Bila dengar suara uncle itu, auntie pun sembunyi di dapur, macam main sorok-sorok," katanya.
Memang bertuah jika semua isteri seperti Mak Inom dan semua suami seperti Pak Atan. Sayangnya kebanyakan orang terlalu ego untuk menzahirkan kasih sayang terhadap pasangan khususnya si suami. Entah mengapa, perasaan sayang dan mengambil berat hanya terhad semasa
bercinta.Kononnya bukan budaya kita menunjuk-nunjuk depan orang. Apa salahnya budaya yang baik jadi ikutan.
Lihat saja orang Barat, walaupun isterinya itu tidak secantik mana atau gemuk gedempol sekalipun, masih tetap berjalan berpegangan tangan atau memeluk pinggang isterinya. Inilah yang dikatakan cinta sejati, tidak pernah berubah walaupun dimamah usia.
(See attached file: pic13694.jpg)(See attached file: pic02695.jpg)
Group.
Petikan dari mstarOnline.com
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
JIKA dua tahun lalu, penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza mencipta dan menyanyikan lagu Cahaya Cinta ketika majlis perkahwinannya di Kuala Lipis, Pahang, tahun ini pasangan pengantin Akademi Fantasia musim pertama iaitu Rosma dan Khai turut mendendangkan lagu cinta mereka yang berjudul Warna Cinta dalam majlis persandingan mereka.
Sebenarnya, lagu tersebut telah digubah liriknya oleh Khai mengikut lagu asal dalam album pertamanya iaitu Kini Kau Tiada Lagi.
“Lagu ini saya cipta selepas Rosma terkeluar pada Konsert AF1 minggu keenam. Jadi, Sahri adalah orang pertama yang dipaksa oleh saya untuk mendengar lagu tersebut,” ujar Khai ketika majlis persandingan mereka yang berlangsung di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya semalam.
Bagai pinang dibelah dua pengantin baru Khai dan Rosma (Foto Utusan)
Kedua mempelai pengantin baru ini selamat dinikahkan dua hari lalu oleh jurunikah Masjid Putra iaitu Abd. Manaf Mat, 49 diwakilkan oleh bapa Rosma iaitu Sidik Abu Bakar,71 di Masjid Putra, Putrajaya, kira-kira jam 11.55 pagi selepas dua jam ditunangkan.
Dengan sekali lafaz, Khairul Nizam Mohamad Wahi, 29 dan Rosmayati Sidik, 23 sah bergelar suami isteri setelah ‘cinta rahsia’ mereka dibina sejak lima tahun lalu ketika sama-sama menyertai AF1 pada tahun 2003.
Menurut mereka, perhubungan tersebut sengaja disembunyikan atas permintaan keluarga dan menjaga privasi masing-masing.
Bagi merungkai episod perkenalan mereka, dengarkan apa kata rakan-rakan dan tenaga pengajar di AF1.
“Saya sudah perasan ketika mereka bersama di dalam AF dulu. Bagi saya, itu adalah lumrah manusia dan tidak boleh melarang mereka untuk bercinta.
“Namun saya ada bagi nasihat kepada mereka berdua supaya menjaga tatasusila dan terpulang kepada mereka untuk mendengarnya kerana mereka sudah cukup dewasa dan tahu untuk mengawal keadaan tersebut.
Dua pasangan ini pandai menyembunyikan cinta mereka
“Jadi, saya tak terkejut apabila mendengar mereka hendak berkahwin kerana mereka memang rapat dan saya tahu tentang perhubungan mereka.
“Mereka selalu datang makan di rumah saya apabila ada masa lapang,” beritahu Cikgu Siti Hajar yang mengajar vokal di AF1.
Kata Nija pula, “Selepas Rosma terkeluar dari AF baru saya nampak bibit-bibit Khai merindui dan menyukai Rosma. Oleh kerana Khai rapat dengan saya di AF dulu, dia ada tanya kepada saya samada Rosma ok atau tidak?
“Jika dikatakan mereka telah bercinta di dalam AF, saya tak pasti dan rasanya belum lagi kerana Khai tak bagitahu apa-apa dengan saya.
“Tetapi dalam AF mereka selalu bersama. Jadi, mungkin sebab serasi bersama membuatkan hubungan mereka kekal sehingga sekarang. Saya pernah bagi nasihat kepada mereka ‘gaduh-gaduh tu biasalah’”.
Menurut Atie pula, “Saya dah dapat rasakan sebelum Diari AF1 bermula lagi. Ketika kami berkumpul di hotel, kami ada main permainan nama negeri. Di situ, saya nampak mereka rapat macam abang dan adik.
“Namun, saya nampak chemistry antara mereka. Ketika saya tersingkir, saya tanya kepada Rosma tentang hubungannya dan Khai. Rosma hanya tersenyum. Tidak mengiyakan, menggeleng pun tidak. Jadi, saya dapat baca apa yang dia fikirkan dan Rosma pun tahu saya ni macamana.
“Selepas kami berjumpa dan main boling sama-sama di luar, mereka pandai jaga batas-batas dan tatasusila. Tak pernah nampak mereka bertepuk tampar dan mesra berlebihan.
Semoga jodoh berkekalan hingga ke anak cucu
“Dari situ, saya harap hubungan mereka menjadi. Sekarang, wish saya dan Rosma adalah sama iaitu untuk berjuang mengekalkan kebahagiaan di landasan seni ini.
“Kami akan pertahankan kedudukan kami di mata peminat sebab orang selalu cakap jinjang pelamin artis ni sementara sahaja.
“Yang penting sekarang adalah doa dan usaha.” Begitulah ucapan Atie yang sudah berkahwin sejak empat bulan lalu.
Azza pula berkata, “Rosma dan Khai selalu bersama dan nampak hubungan mereka. Dulu mereka hanya berkawan di dalam AF1. Sejak di luar AF memang mereka betul-betul bercinta.
“Saya ingin minta Khai menjaga Rosma baik-baik dan semoga jodoh mereka berkekalan.”
Dalam majlis yang bertemakan warna biru itu, Rosma dan Khai mengenakan dua persalinan.
Untuk majlis persandingan dan menepung tawar, mereka mengenakan pakaian pengantin berwarna biru tajaan D’Risik Collection sambil duduk bersanding di atas pelamin berwarna biru dan krim tajaan pengurus Khai iaitu Fizi.
Mereka berduet lagu “Warna Cinta” hasil ciptaan Khai
Manakala majlis memotong kek yang ditaja oleh Pak Engku Kuzie Catering, mereka menggayakan pakaian pengantin rekaan Calvin Thoo.
Kata Calvin, Rosma memakai gaun pengantin Dutches Satin berwarna putih dengan tampalan renda Perancis yang menjadi idamannya. Sementara Khai mengenakan tuksedo dan sut Dutches Satin berwarna sedondon dengan Rosma.
Sementara keluarga sebelah pihak pengantin lelaki memilih warna tema biru dan keluarga sebelah pihak pengantin perempuan memilih warna kuning sebagai tema.
Kira-kira 800 orang jemputan yang hadir dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh alumni AF, Nas Adila dengan lagu Joget Pantun Budi dan bapa Khai yang menyanyikan lagu selawat.
Mereka yang mengadakan persembahan adalah Faizal AF4 (Joget Kenangan), Liya AF4 (Bunga), Sahri AF1 (Dealova), Farhan AF4 ( Tak Ingin Sendiri), Haziq AF4 (Umpan Jinak di Air Tenang), Mila AF5 (Demi Cinta Selamanya), dan Bob (My Baby You).
Antara tetamu VIP yang hadir dalam majlis yang dikendalikan oleh pelakon Sharifah Shahora dan penyanyi Roslan Shah itu adalah penaja dari Aura Seri iaitu pasangan suami isteri Ira dan Dr. Ibrahim.
Turut hadir adalah bekas pengetua AF1 iaitu Freddie Fernandez, Farah AF2, Irma Hasmie sebagai pengapit Rosma, Salima AF4, Yazer, Ekin, dan ramai lagi.
Ketika majlis pernikahan yang lalu, Rosma menerima sembilan hantaran dari Khai berupa wang hantaran RM16,161.61, sirih junjung, tas tangan jenama Guess, kasut, sejadah, telekung, senaskhah Al-Quran dan sebentuk cincin bertatah permata berharga RM2,000.
Sementara beliau membalas hantaran Khai dengan 11 dulang hantaran berupa kek, sirih junjung, minyak wangi, kasut dan tali pinggang, puding, sejadah, coklat dan senaskhah Al-Quran.
Pasangan ini belum menetapkan lagi lokasi bulan madu mereka yang dijangka pada bulan depan tajaan Aura Seri.
Selepas ini, mereka akan menetap di kediaman Rosma yang terletak di Seri Kembangan, Selangor bagi memudahkan kerja mereka di Kuala Lumpur.
Pelakon yang masih laris, Fasha Sandha kini tidak menang tangan untuk menerima tawaran berlakon. Sudah 6 tahun Fasha berlakon, namun dia masih belum puas. Khabarnya, Fasha Sandha mahu watak yang mencabar seperti watak perempuan jalang yang pernah dibawa oleh Sofia Jane dalam filem Perempuan, Isteri dan… Ini kerana Fasha mahu belajar dan tidak mahu digelar pelakon yang suka bawa watak klise. Jika ada watak seperti itu, pelakon utama filem U Turn itu sanggup menghabiskan masa untuk mengkaji dan melakukan homework untuk melakonkan watak itu dengan cemerlang.
Fasha mengidam watak seorang jalang.
Kepada peminat Fasha Sandha, jangan lupa untuk menonton filem Cicakman 2 dan Skrip 7707.
Terbaru, Fasha Sandha akan tampil dalam drama berantai Astro Ria berjudul Jangan Main Belakang terbitan MIG Beats yang akan disiarkan pada 5 Jun.
Gambar yang sempat Budiey ambil ketika bertemu Fasha Sandha di Majlis Doa Selamat Drama Jangan Main Belakang di Shah Alam.
Technorati Tags: fasha sandha foto, jalang, gossip artis, sofia jane, perempuan pelacur, ulasan filem u turn, minah rempit, bohsia, filem lucah, kajian, homework, bisex, boycott, primeval, buddhist, chinese, christian, community, discuss, tontin, travelling, homo, Idea, indian, lesbian, local, muslim, politic, pru 2008, race, sex, skin color, straight, cicakman 2, skrip 7707, sofia laurel
Tags: Gambar Artis, Fasha Sandha, bisex, bohsia, boycott, buddhist, chinese, christian, cicakman 2, community, discuss, fasha sandha foto, filem lucah, gossip artis, homework, homo, Idea, indian, jalang, kajian, lesbian, local, minah rempit, muslim, perempuan pelacur, politic, primeval, pru 2008, race, sex, skin color, skrip 7707, sofia jane, sofia laurel, straight, tontin, travelling, ulasan filem u turn Mahu dapatkan ulasan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari?
Daftarkan email anda [ di sini ]
Semalam, telah berlangsung Malam Gala Teater Muzikal Patung Kertas di MTC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Hari ini (30 April), adalah hari terakhir persembahan. Budiey dengar cerita, Teater Muzikal arahan Lokman Ghani ini akan diusung ke filem atau drama tidak lama lagi. Nantikan juga teater ini kemungkinan besar akan diusung juga ke beberapa buah lokasi yang lain selepas ini. Itu pun kalau cukup belanja dan bajet serta tajaan daripada pihak lain yang sudi menaja.
Turut hadir di Malam Gala adalah Siti Nurhaliza & Datuk Khalid. Budiey perasan Siti pernah pakai selendang yang dipakainya itu di Pra Kemuncak ABP… selebihnya… Siti sangat simple pada malam tadi. Tapi lama betul tak lihat Siti Nurhaliza berkepit dengan suaminya, Datuk K.
Apabila ditanya, mengapa jarang mereka kelihatan bersama di majlis anugerah. Siti ada cakap, Datuk K tidak mahu kacau karier Siti dan biarkan Siti dengan dunia nyanyian. Masing-masing buat kerja masing. Lagi pun, Datuk Khalid sebenarnya segan sebab selalu je kena usik di majlis anugerah.
Mmm… sabor je la ya.
Mahu dapatkan ulasan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari?
Daftarkan email anda [ di sini ]
Kaum muslimin yang dirahmati Allah SWT
Berapa ramai lelaki boleh jadi imam..
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. |
Photoshop ialah produk perisian penyunting imej yang boleh digunakan untuk memperelok foto dan lukisan dengan menambah dan mengurus warna pada imej grafik. Photoshop didatangkan dengan pelbagai fungsi bagi memudahkan pengguna untuk memilih, melukis, dan menyunting imej. Antara peralatan yang disediakan di dalam photoshop ialah seperti multiple undo, pengurusan warna dan pengurusan layer.
Kemudahan Photoshop
Toolbox
Toolbox disediakan bagi membolehkan anda memilih pelbagai fungsi seperti alat pemadam, alat pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan warna, membuat mask, menulis, membentuk, dan mewarna. Kemudahan-kemudahan ini digabungkan dengan Brushes iaitu alat untuk memberus dan Palettes iaitu alat untuk mengesan dan mengubah sesuatu imej secara digital.
Rajah 1: Alat Toolbox
Palettes
Tiga jenis palettes yang biasa digunakan iaitu:
Layers
Kemudahan Layers telah menjadikan Photoshop sebagai sebuah perisian yang berkuasa berbanding perisian-perisian penyunting imej yang lain. Bayangkan layers sebagai kepingan-kepingan garam asid yang bertindih satu sama lain. Jika tidak terdapat apa-apa imej pada layer atas, anda boleh menyelak layer di bawahnya. Di bahagian bawah sekali adalah lapisan bagi latar belakang imej atau background. background adalah lapisan yang dilindungi dimana filter dan effects tidak boleh digunakan pada lapisan ini.
Rajah 2: Layers
History
History ialah papan yang mengandungi 20 perubahan terakhir yang berlaku pada imej anda. Ini membolehkan anda bekerja pada imej-imej yang asli tanpa perlu membuka fail yang baru, hanya klik pada history. Jika anda telah melakukan kesilapan semasa proses menyunting, anda boleh memilih imej asli iaitu imej asal tanpa perlu risau jika anda kehilangan punca semasa proses suntingan dilakukan.
Rajah 3: History
Sumber : - ilmuit.com
Semakin lama, Datuk Siti Nurhaliza dihujani dengan pertanyaan peminat dan para media, bilakah Datuk Siti Nurhaliza akan melahirkan anak? Namun, sekian lama menanti, akhirnya Siti Nurhaliza akan melahirkan cahaya mata terbarunya pada penghujung tahun ini. Jangan terkejut, yang Budiey maksudkan… Datuk Siti Nurhaliza akan mengeluarkan album terbarunya. Memang ada niat Siti untuk mendapatkan anak, cuma mungkin tidak ada rezeki lagi.
Siti Lahirkan Cahaya Mata Akhir Tahun Ini
Setelah berehat seketika, Datuk Siti Nurhaliza akan mula merakamkan lagu di dalam studio pada bulan Jun atau Julai ini. Cahaya mata terbaru Siti, dijangka akan menemui peminat-peminatnya pada penghujung tahun 2008.
Album berentak etnik dan fusion kontemporari ini akan membariskan nama-nama besar dalam industri rakaman seperti Zubir Ali, Fauzi Marzuki, Zul Mahat, Abot, Radhi OAG dan beberapa orang lagi. Siti juga telah merakam sebuah lagu hasil dari komposer Indonesia, Katon Bagaskara untuk dimuatkan dalam albumnya.
Siti merancang untuk berduet dengan beberapa orang artis ternama dan turut mengundang Saida yang baru terkeluar dari Akademi Fantasia. Namun, beliau berharap agar mendapat kerjasama pihak Maestro dalam menyusun jadual Saida.
Berikut ini foto-foto Datuk Siti Nurhaliza yang tampil sederhana di Sesi Temubual bersama Media di PNB Darby Park siri kedua untuk tatapan korang.
Get a free web counter at website-hit-counters.com |
RIJALLUDDIN | |
R | Ramah |
I | Ikhlas |
J | Jujur |
A | Amanah |
L | Lemah-lembut |
L | Lincah |
U | Untung |
D | Dinamik |
D | Dedikasi |
I | Idealistik |
N | Naif |
Apa ada pada nama? |