*Kisah ini diperolehi daripada internet yang boleh dikongsi bersama.
Rasainsaf bile membacanya... Sama - samalah kita hayati......* *
"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadisyang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan sepertilelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunyabenar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi inimenyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagimengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakaitudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlakupertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cubamama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapiperangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawanannisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating denganboyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung,tak pernah buat macam tu!"
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuahkeluarga yang mempunyai enam orang anak y ang masih kecil. Suaminya bernamaAbu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinyasewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumahkami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluarrumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.
Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu,isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau naktau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambilserius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benarmendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesumenjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yanglabuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendirijadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihatperubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratusperatus!
Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumahhanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat,dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka belimajalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..takketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebihmenakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkanpandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, sayamendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang kerumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoakepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu sayausahakan.
Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hatiberdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalamrumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantasmemeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik bolehmengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapatditahan lagi...
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilikadik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selaluadik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasahayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampaipada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul dihati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abukhoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu.Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapatbanyak bekas airmata)
Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang darilubuk hati
Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??
Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Danbila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakaitudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau sayatak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanitayang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikansaya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?
Isteri ji ranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuhwanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatudari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akandipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalahperlindungan untuk wanita ..
Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya takelok.. Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebaliktudung itu sendiri yang harus kita fahami... Annisa: apakah hakikat tudung ? **
Isteri jiranku :Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungimata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamudari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimilidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengarperkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat,lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungitangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kakikamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikirperkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hatikamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yangkamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..
Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudahmudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan danrahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamumensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakanamalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan AllahSWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akandibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-rohmanusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padangyang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupuntumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaangelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidakmempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidakkenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuhlantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alamini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masinghanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh keranarasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yangbanyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantungamalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan,ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan,semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka... Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuantahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membarahinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..DuhaiAnnisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah denganapa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, YangMaha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sinisahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihatbanyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah ... Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawahtulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelakiselain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapatmengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segalasesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini punjatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah.*
Doa
5 months ago
No comments:
Post a Comment