Facebook Badge

Saturday, July 19, 2008

Ct vs Rabbani

Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah Media Islam Negara ke-2

time July 18th, 2008 | category Category: Siti Nurhaliza |
comment 3 Comments »

DATO’ SITI NURHALIZA SERIKAN SIARAN LANGSUNG ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KALI KEDUA PADA 24 JULAI 2008 DI RTM1

Malam pengiktirafan Anugerah Media Islam Negara (AMIN) yang memasuki tahun kedua pengajurannya kali ini diserikan persembahan Dato’ Siti Nurhaliza selain meletakkan kepercayaan penuh kepada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkannya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi RTM1, jam 09.00 malam pada 24 Julai 2008 (Khamis).

Majlis yang dianjurkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini pastinya lebih gemilang dan meriah kerana penambahan dua kategori yang dipertandingkan berbanding sebelumnya menjadikan semuanya enam kategori. Enam kategori itu termasuklah Anugerah Penerbitan Radio, Anugerah Penerbitan TV, Anugerah Penerbitan Media Cetak, Anugerah Penerbitan Drama, Anugerah Laman Web dan Anugerah Perdana Media Islam Negara.

Menerusi Anugerah Penerbitan Radio dan Anugerah Penerbitan TV melibatkan pencarian kepada memilih Penerbit Dokumentari Berunsur Islam Radio Terbaik, Penerbit Majalah Berunsur Islam Radio Terbaik, Penerbit Bicara Wara Berunsur Islam Radio Terbaik, Penyampai Rancangan Agama Radio Lelaki Terbaik, Penyampai Rancangan Agama Radio Wanita Terbaik, Tetamu Undangan Rancangan Agama Radio Lelaki Terbaik dan Tetamu Undangan Rancangan Agama Radio Wanita Terbaik.

Namun menerusi Anugerah Penerbitan TV iaitu Tetamu Undangan Rancangan Agama Radio Wanita Terbaik tidak dipertandingkan kali ini.

Manakala Anugerah Penerbitan Media Cetak pula menarik penyertaan kepada individu berminat menghantar penyertaan bertanding Penerbit Akhbar Terbaik, Penerbit Terbitan Berkala Terbaik, Penerbit Buku Terbaik, Penulis Rencana Terbaik dan Penulis Buku Terbaik.

Sementara itu menerusi Anugerah Penerbitan Drama menyaksikan anugerah dipertandingkan iaitu Penulis Skrip Drama Berunsur Islam Radio Terbaik, Penulis Skrip Drama Berunsur Islam TV Terbaik, Pelakon Drama Berunsur Islam Radio Lelaki Terbaik, Pelakon Drama Berunsur Islam Radio Wanita Terbaik, Pelakon Drama Berunsur Islam TV Lelaki Terbaik dan Pelakon Drama Berunsur Islam TV Wanita Terbaik.

Anugerah Laman Web yang baharu diperkenalkan pula menyaksikan pencalonan untuk kategori Penerbit Drama Berunsur Islam Radio Terbaik dan Penerbit Drama Berunsur Islam TV Terbaik. Selain pencalonan istimewa mencari satu-satunya memilih pemenang dinobatkan Anugerah Perdana Media Islam Negara.

Pastinya kriteria pemilihan pemenang kepada setiap anugerah yang dipertandingkan dipatuhi oleh seramai 180 penyertaan yang diterima.

Antaranya melibatkan kandungan cerita yang dapat memberikan sumbangan dan kemajuan ummah, dinamik dan relevan, persembahan yang berkualiti, personaliti yang menampilkan imej baik dan sopan semasa penyampaian, tokoh yang bergiat aktif dalam rancangan agama radio dan TV, akbar yang dominan, aktif dan realistik boleh diaplikasikan, skrip yang baik dan berkualiti selain drama yang diarahkan mestilah berkualiti.

Selain menyaksikan persembahan artis tersohor Dato’ Siti Nurhaliza, majlis penganugerahan ini turut menampilkan Aris Ariwatan, Nassier Wahab, Siti Fairus, Mohram selain Kumpulan Rabbani, Far East dan An Najwa yang pastinya dapat menghiburkan tetamu dan penonton dengan ranngkaian lagu popular masing-masing.

Pengacara majlis yang di ketengahkan juga melibatkan Shamsul Ghau Ghau, Dr. Fazley dan juga pelakon drama dan filem sensasi Fahrin Ahmad.

Kepada anda menyokong usaha menggalakkan penerbitan media penyiaran, media cetak, penulis dan pengkarya di negara ini menghasilkan karya berkaitan Islam, jangan ketinggalan menyaksikan Anugerah Media Islam Negara (AMIN) secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi RTM1, jam 09.00 malam pada 24 Julai 2008 (Khamis).

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Datuk Siti Nurhaliza @ Anugerah MACP Malam Ini
  • Gambar Terbaru Dato’ Siti Nurhaliza @ Majlis Penyampaian ABP2007
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Apa Kata Survey & Pool gua.com.my; Mila atau Siti Nurhaliza?
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza @ Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular
  • Datuk Siti Nurhaliza Hantar Mohd Adib Study ke Melbourne, Australia
  • Siti Nurhaliza di Konsert Setiakawan 2 @ Dataran Merdeka Malam Ini
  • Penamaan Calon Esok & Siti Nurhaliza Tak Daftar Undi?
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza @ Sidang Media AIM 15
  • bro.Nazrey

    Nazrey Johani Album Nasyid Nostalgia Memori The Zikr

    time July 18th, 2008 | category Category: Album Terbaru, Nazrey Johani |
    comment 1 Comment »

    Selepas melahirkan album Syahadah pada tahun 2007, kini Nazrey Johani, bekas vokalis utama kumpulan nasyid Raihan tampil dengan album terbarunya Nasyid Nostalgia Memori The Zikr.

    Budiey turut diundang untuk turut sama menyaksikan Majlis Pelancaran Album Nasyd Nostalgia Memori The Zikr di Restoran Puteri, Damansara pada jam 3 petang tadi. Nazrey turut mempersembahkan dua buah lagu dalam album terbarunya.

    Sejak bergelar artis nasyid, perjuangan dalam seni nasyid tersemat kemas dalam diri Nazrey Johani. Katanya, semua orang boleh menyampaikan hiburan, namun bagi Nazrey, perjuangan dalam nasyid semata-mata kerana Allah dan Rasul, bukan kerana hiburan tetapi kerana Islam.

    “Kami mahu memperkembangkan nasyid lebih luas. Kerana itu, saya keluar dari Raihan dan kembali dengan solo. Sekarang, kenapa nasyid tidak boleh menjadi seperti Pop. Ini kerana nasyid adalah nasyid. Saya bukan dari kumpulan pop, saya berasal dari grup nasyid.”

    Apabila ditanya, banyak sekarang ini lagu nasyid telah dicampur adukkan dengan irama pop dan hip hop. Komen Nazrey:

    “Soal kemahiran, bakat dan strategi pemasaran, prinsip dalam perjuangan masing-masing mungkin tidak jelas. Prinsip saya, nasyid perlu ada lirik yang jelas. Mesej yang betul dan melodi yang bermutu. Contoh, budaya hip hop adalah budaya di negara luar dan boleh dinasyidkan dengan cara budaya mereka. Tetapi kita di Malaysia ini, perlulah ada budaya kita sendiri dalam irama nasyid.”

    Kumpulan The Zikr dan Raihan adalah jiwa Nazrey Johani. Sebenarnya, orang yang boleh mencipta lagu, dalam fikirannya ada gelombang irama lagu. Album ini tidak melibatkan mana-mana anggota Raihan.

    Pernah popular awal tahun 90 an, The Zikr terkenal dengan lagu seperti Secerah Pawana, Isteri Pawana, Isteri Solehah, Tak Seindah Sentuhan Mata cukup sinonim kepada penggemar nasyid kontemporari hingga ke hari ini. Kombinasi vakal utama dan suara latar yang mengiringi begitu memikat hati sesiapa yang mendengarnya dan mungkin itulah yang menyebabkan nama The Zikr sering meniti di bibir para peminat.

    Namun, ramai yang belum tahu bahawa vokalis utama kumpulan The Zikr itu adalah Nazrey Johani yang lebih dikenali dengan nama Nazrey Raihan. Setelah The Zikr dibubarkan, Nazrey Johari tampil menubuhkan kumpulan Raihan selama hampir satu dekad dan kini, beliau tampil secara solo.

    Bertemakan cogankata Dulu Kini & Selamanya, Inteam Records Sdn Bhd telah menerbitkan album solo kedua Nazrey Johan berjudul Nasyid Nostalgia: Memori The Zikr.

    Album ini mengandungi 10 buah nostalgia The Zikr yang pernah popular dahulu. Lagu-lagu tersebut dirakam dan dinyanyikan semula oleh Nazrey Johani dengan mood baru, tanpa menjejaskan keasliannya. Irama dan muziknya disusun semula dengan cukup indah oleh Eddie Slam dan diterbitkan oleh Salleh Brotherz.

    10 buah lagu terpilih yang terdapat di album album nasyid notalgia: Memori The Zikr ini adalah Secerah Pawana, Harapan Pada-Mu Subur Kembali, Tak Seindah Sentuhan Mata, Perantau (feat Far East, Salleh Brotherz, Azahari Nowseeheart dan Naim Mirwana), Antara Dua Cinta, Isteri Solehah (feat Azahari Nowseeheart), Wahai Kaum Muslimin, Wahai Kekasih (Kaulah Segalanya), Mengemis Kasih (feat Far East) dan Air Mata Keinsafan (feat Salleh Brotherz).

    Album ini seharusnya dimiliki oleh para peminat The Zikr secara umumnya dan peminat Nazrey Johani secara khususnya. Mendengar lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini pasti akan menggamit pendengar pada nostalgia dahulu. Album istimewa ini boleh didapati di pasaran bermula 16 Jun 2008 pada harga RM24.90 bagi CD dan RM15.90 bagi kaset.

    Jangan lupa dapatkan yang orginal!

    Tags: ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sekitar Pelancaran Album Akhil Hayy Nasyid Legenda 2
  • Profile Kumpulan Nasyid Rabbani
  • Gambar Ina Naim dan Suhaimi di Majlis Pertunangan
  • Anugerah Industri Muzik 15
  • Akademi Nasyid Rancangan Realiti Nasyid Pertama Terbitan TV9
  • Gossip Penyanyi Rock Selalu Tergoda Menggoda
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 1428H / 2007M
  • Profile Camelia
  • Fail Sulit AF
  • PRAISES FOR THE PROPHET ALBUM TERBARU RAIHAN PERKENAL SELAWATERAPI
  • PakLang&Naem@SP

    naem frust


    tige sejoly pakLang-jone-anies









    Wednesday, July 9, 2008

    @tescoAs


    aLong CME perLis




    syukri CME prai