Facebook Badge

Saturday, June 28, 2008

@stockcount


count 1/2 yearz


bgAt & tart




pekena rhoti chanai dLu .


cheNan

bgMie

wat apenz

1.Harga minyak terpaksa dinaikkan ekoran harga minyak di peringkat antarabangsa melambung tinggi.

Kenapa pula Malaysia perlu sakit. Sedangkan Malaysia negara pengeluar minyak bukan pengimport minyak.

Kalau harga minyak dunia naik maka negara kita akan bertambah kaya. Analogi yang lain, kalau kita ada dusun durian, tentu kita dan keluarga gembira kerana harga buah durian mahal.

Anak kita boleh makan dengan puas dan kita pula boleh dapat wang banyak. Tetapi pemimpin BN-Umno pula pelik apabila harga minyak dunia naik, rakyat pula menderita terutama mereka yang berpendapatan rendah.

2.Harga minyak kita lebih murah jika hendak dibanding dengan negara Asean yang lain.

Jangan banding dengan Thailand, Indonesia. Perlu banding dengan Brunai kerana harga minyak di negaranya RM1.20 seliter.

Buah Oren dengan epal tidak boleh buat perbandingan. Perlu dingat juga, walaupun Indonesia, Thailand minyaknya mahal, tetapi barang keperluan harian dan pakaian serta barang yang sudah siap murah seperti makanan, pakaian, alat perabot semuanya murah.

Di negara kita semuanya mahal daripada minyak sampai kepada keperluan yang lain. Yang murah hanya maruah pemimpin Umno-BN sahaja.

3. Minyak di Singapura lebih mahal daripada Malaysia.

Singapura bukan negara pengeluar minyak.

Tambahan pula pendapatan rakyatnya tinggi, contohnya pencuci lantai gaji hampir RM2000 ringgit, tapi di Malaysia hanya RM600. Begitu juga pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia, di Negara Malaysia Hadhari paling teruk.

Di negaranya tol hanya dikenakan waktu tertentu sahaja, sedangkan di Malaysia siang malam, ‘non stop’.

4. Wang subsidi petrol RM56 bilion akan digunakan untuk pembangunan. Kita hendak tanya ke mana wang subsidi ini akan pergi.

Adakah hendak belanja untuk Monsun Cup yang menghabiskan wang rakyat RM 250 juta, Formula 1 yang berapa kerat rakyat yang mampu hendak menonton. Sedangkan belanja untuk Formula 1, tahun 2004-RM98.4 juta, tahun 2005-RM110.7j, 2006-RM121.8j, 2007-130.5j.

Belanja konduktor Malaysian Philharmonic Orchestra sebanyak RM3.5 juta sebulan yang diambil daripada wang Petronas. Apakah ini yang dimaksudkan untuk pembangunan.

Ketika minyak naik 30 sen kerajaan mengumumkan RM4 bilion subsidi akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Kita tidak nampak pengangkutan awam bertambah baik malahan makin teruk.

5. Ucapan lidah bercabang pemimpin negara, kesian rakyat kerana minyak naik. Ucapan hanya hendak menyejuk hati rakyat.

Kalau mereka kesian kepada rakyat mereka mesti memikirkan masalah rakyat. Pak Menteri tidak kisah elaun dan gaji hampir RM56 ribu sebulan. Minyak naik RM5 seliter pun mereka tidak kisah.

6. Pemimpin Umno-BN berkempen supaya beli barang murah.

Kita hendak tanya kedai mana ada jual barang murah. Kalau ada barang keperluan yang murah boleh dibeli di pejabat Umno baguslah.

7. Hendak ambil tindakan kepada peniaga yang jual barang mahal.

Pemimpin Umno/BN kata jual dengan harga lama masih untung. Mana ada peniaga hendak jual barang murah kalau modal sudah mahal.

Kalau minyak naik, semua barang akan naik, kerana barang bukan bawa dengan beca roda tiga.

Persatuan Lori sudah mengumumkan bahawa mereka akan naik tambang kos pengangkutan 35 peratus. Kerana lori 10 tan dulu hanya perlu untuk minyak RM3000 sebulan sudah mencecah naik kepada RM5000.

8. Kenyataan pemimpin Umno yang hendak membodohkan rakyat supaya jangan marah apabila minyak naik.

“Kita bimbang sekiranya minyak murah rakyat tak cermat dan minyak akan kurang,”kata Perdana Menteri.

“Belanja secara berhemah,”kata Datin Rosmah Mansur.

“Ubah gaya hidup…membazir Islam marah,”kata Dato’ Seri Najib.

Datuk Seri Shahidan Kasim sewaktu minyak naik 30 sen dulu dia suruh pegawai kerajaan naik basikal.

Saya hendak cadangkan supaya pemimpin Umno-BN ambil cermin suluh muka baru boleh nasihat rakyat.

paghah

RM 136.00 Full Petrol!!

by omaq @ 1:40 am in My Life



Date : 28 Jun 2008
Time : 12.30 p.m
Place : Petronas Kangar Perlis
Info : omaQ cuba taruk minyak full kat keta omaQ.. nak test tgk.. bapa RM nak penuh.. sekali tgk.. RM 137 baru nak penuh.. adui.. sakit la.. lepas nie... ayuh kita berkongsi kenderaan..


View All Images

Thursday, June 26, 2008

abhdamn


dgn izin Allah semLm msa abh bertugas,
terhantuk pda besi pemegang gas
di bLkng forkLift under repair .


check-up @ HospitaL SuLtan AbduL Halim sP


garisan hentakan

aLa2nyh

asha :p

08 1st, 2008

Date : Ahad (27.07.8 - 30.07.08)

Place : Bali, INDONESIA

Time : 4d 3n

Info : Bile dah kawen kene la honeymoon..Jadi, sempena genap 2 bulan perkahwinan, kami pilih Bali Indonesia sebagai destinasi. kedudukan bali ni dah hampir dgn australia malah 2 jam je naik flight, luas die 8 kali besar drpd singapore..Majoriti penduduk diorg beragama hindu, hanya kurang dr 4% sahaja yg beragama islam..Makanan halal? Seafood kan ade :p ala lagipun byk je kedai makan makanan padang kat sane,siap ade kulit lembu masak lemak lg…

Bile nk g tempat org ni kene la stanby duit matawang diorg, ( Rm 1 = 2700 rupiah ) so tukar Rm1000 dapat la 2,700,000Rupiah..muahaha, klu dlm RM kan best,leh beli beckho byk2…

DAY 1

Dr alor star kami amik ketapi je ke KL, Sampai je kat Kl Central senyum2 jap pastu terus amik KLIA Transit…

Dr KLIA kul 3p.m amik flight Qatar Airways terus ke Denpasar, Bali..Perjalanan mengambil masa dlm 3 jam…

Klu org naik flight slalunye amik gamba kapal terbang tu,tp aku amik gambar dlm toilet lu,haha…

Permandangan 2 daripada 10 gunung berapi yg terdapat kat Bali…

Km menginap di Oasis Beach Hotel, masuk je bilik diorg dah stanby buah-buahan atas meja..Dalam byk2 buah yg ade, buah ni je yg aku tak penah tengok tp isi die manis…

DAY 2

1st morning, lepak lu tepi pantai tengok matahari kat sini camne rupe,kot2 lg chomey..Actually kat sini matahari terbit lg awal berbanding di malaysia..kul 5.45a.m dah mule terbit, petangny lak kul 6.30 langit dah mule gelap…

Destinasi pertama kami hr ni ke Plaza Garuda, ala kechik2 dulu kan kite slalu dengar cite Burung Garuda Besar tu..Ha, kat sini diorang agung-agungkn citer tu..Malah kat sini ade patung burung garuda besar gile, siap dgn patung dewa ape ntah..Patung2 ni dibuat dgn logam, mmg besar sgt2..pembinaan die merata tempat,tangan kat sini,kepale kat situ,badan kat sana,burung garuda kat sinun..Diorg kate klu dah siap je nanti sume tu akan dicantum menjadi satu…huh! aku tak dpt bayangkn besar mane…

Kuar je drpd Garuda Plaza kami trus g Uluwatu, ade temple purba kat sini..tempat die atas bukit dan di tebing laut…Huh, mcm kat dlm TV la plak :p hehe…

Gambar ‘beyuk’ ni aku amik kat atas tu, so klu korg kate korg tak pandai posing amik gamba dpn camera, blaja2 la kat ‘beyuk’ ni…

kat Uluwatu tu gak, pas bergambar sana sini kami dibawa tengok acara Tarian Kecak…Tarian ni menceritakn kisah dongeng turun menurun diorg dulu, tp disampaikn dlm bentuk tarian..siap ade api2 lagi ha..Yang menariknye stage die tu,betul2 di puncak dan mengadap matahari terbenam..Mayb sbb tu antare sebabny tiap2 hari penuh dengan pengunjung…

Balik dr Uluwatu kami singgah restoran dan makan Masakan Padang..Masakan Padang ni uniknye, diorg hidang kat depan kite berbelas pinggan lauk, korang makan je lauk mane korang nak..Nant die akan charge mane yg korg sentuh je..Dalam gambar kat atas ni,yg tengah kuning2 bgulung2 tu..Nak tahu ape? itu la kulit lembu masak lemak, aku makan je, Shaakira nk termuntah tengok aku mkn, ingat abg tingin sgt ke? plan nk try je skali bau lembunye kuat sgt la plak..Dan yg paling kanan lak dlm plastik, bulat2 tu pun kulit lembu gak,disiat2 jadi kopok..Orang kate sedap,tp bile aku mkn je…Sampai skrg fobia tengok lembu…

Sampai je hotel bgamba lu blkg bilik :p sebelah je,buke pintu je senyum2…

DAY 3

Mcm biase, pagi2 pas subuh lepak tepi pantai tunggu matahari tengok kami

Ha, pagi ni kami g Tanah Lot..Tanah Lot ni dikenali sebagai ‘maskot’ Bali, so sape2 yg dtg Bali tak sah klu tak singgah tanah lot..Bali ni byk temple yg femes2,Tanah Lot ni pun diantaranya Temple yg plg femes. Gambar last tu ade gambar gaye aku seolah2 bergaye mcm nk terjun gaung tu kan, memule tu memang skdr bergaye,ade skali tu aku mmg betul2 nk terjatuh..Huh, mmg katak la klu jatuh time tu..

Balik hotel, berenang renang lu jap seperti biase :p

Tengah2 dok berenang tu aku terpandang satu sudut tepi pantai, ade staff hotel tgh prepare satu table cantik sangat..gayenye mcm ade candle light dinner

Rupa2ny table set candle light dinner tu mmg pihak hotel set untuk kami :p hahaha,mmg terharu sgt..Yg kelakarny siap ade dgn band diorg upah khas khusus untuk datang nyanyi sebelah kami..mule2 aku ingat nk tolak je, tanak bising2 sbb aku rimas, skali nampak dr jauh 4 5 org on da way sambil bw alat music terhoyong hayang,tersenget senget, tesengih sengih, termasuk sorg tu bw guitar yg besar gile..Sian lak, hmm nyanyilah nyanyilah…

Tak cukup dgn candle light dinner, balik bilik je Pihak Hotel call..Diorang nk hantar ke bilik kami Honeymoon Cake…waaaa, terharu demi terharu aku dibuatnye :p Thanxs Oasis Beach!!

DAY 4

Hari hari ke 4, hari terakhir kat disini..Pg2 lagi dah check out sbb flight km mlm ni, aktiviti untuk hr ni pun diorg aturkn padat..1st diorg bw km g tengok tarian Barong, gamba tak byk aku snap sbb aku tertido! haha

Kemudian km dibawa tengok seni lukisan, Bali ni ade byk daerah dan setiap daerah diorg ade kepakaran seni masing2, ade daerah ukiran batu, daerah ukiran logam, kayu, emas, etc..

Seterusnya kami dibawa ke Temple ape ntah, bg penduduk Bali temple ni adalah tempat penghapusan dosa, setiap kali diorg dtg diorg berendam dan minum air dr kolam kat situ…

Bile dah tengahari km dibawa ke tanah tinggi betul2 bersebelah dgn gunung berapi,kali terakhir gunung ni meletus tahun 1999, klu korang perasan korang leh nampak kesan larva die kat lereng2 tu..

Turun je dr tanah tinggi km singgah jap tepi jalan bergambar berlatar belakangkan tanaman padi bukit, time nk bergerak blk tu ade org dtg minta duit sbb kami parkir tepi jalan n bergambar kat situ…busuk tul, korg dtg kedah dok tepi jalan, tengok padi sampai padi takut tengok korang..Sesen pun org tak minta duit, silap2 korg dapat duit sposen dua, haha…

Sebelah malamny sebelum naik flight skali lagi kami diraikn candle light dinner, kali ni kat restoran tepi laut..Menu die mmg makan seafood je..lauk2 idaman aku lak tu, lobster pun ade…

Alhamdulillah segalenye dah selesai, memang best sgt2..Datang naik Qatar Airways blk pun naik flight yg same..sampai KLIA amik Air Asia terus balik kedah..So pasni sape2 tringin nk g bercuti ke Bali inform je aku,aku leh rekemenkn agen direct kat bali,tak payah melalui agen kat mesia, lg murah..Chaiyok!